[T]ercium bau asap motosikal enduro, secara automatik “Tester” teringatkan Kejohanan KTM Orange Enduro. Terbayang lompatan, halangan dan gaya terbang yang ditunjukkan oleh peserta dengan jentera enduro masing-masing. Misi mengendap Tester di teruskan lagi, namun kali ini di segmen yang berbeza iaitu Off – Road.
Berita KTM ada keluarkan model off-road bagi tahun 2019. Prestasi KTM sebagai penjual terbesar motosikal enduro dalam tempoh dua tahun lalu masih lagi belum tergugat. Pengeluar dari Austria itu telah membuat beberapa perubahan besar untuk terus mendahului.
Satu reka bentruk era baru, jentera persaingan di dunia dengan suntikan bahan api serta dua lejang iaitu model EXC – TPI 250 dan 300 telah berada di pasaran. Tester difahamkan KTM Malaysia kemungkinan membawa masuk model ini ke negara kita.
Bagi tahun 2019, seperti yang di jangkakan, perubahannya tidak banyak, tetapi masih menunjukkan perkembangan. KTM sedang memajukan pembangunan dengan R & D dan info dari team perlumbaan serta maklum balas pelanggan demi meningkatkan prestasi dan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Tidak ketinggalan juga model “Enam Hari” yang merentasi pelbagai EXC dengan grafik ISDE Chile
2019 Sorotan model EXC:
Pelarasan terbukti lebih baik pada fork dan mono standard WP Xlpor.
Prestasi bateri lebih kuat
Grafik baru
Reka bentuk pelana baru
Frame berwarna oren keluaran asal dari kilang
Motoqar akan kongsikan info motosikal ini setelah pelancaran nanti. Apa kata anda?