Magnaflow perkenalkan ekzos untuk Toyota Supra 2020

1999

Magnaflow akan melancarkan sistem ekzos modular baru yang direka untuk Toyota Supra 2020. Sistem baru ini digelar sebagai xMOD.

Sistem ini boleh di-kustom kerana kedudukannya selepas pemasangan hasil daripada satu siri komponen modular yang boleh ditukar masuk dan keluar dalam beberapa minit menggunakan pengapit quick-release v-band.



Toyota GR Supra

Kaki mod memilih daripada dua modul muffler yang berbeza dan dua modul paip masuk yang berbeza, membolehkan konfigurasi yang disesuaikan dengan konfigurasi kilang.

Untuk kegunaan jalanan, Magnaflow mengesyorkan menggunakan modul dengan muffler built-in. Ianya lebih kuat daripada asal, tetapi tidak berlebihan. 

Paip salur masuk 3.0-inci digunakan pada kereta dengan tune dari kilang atau pengubahsuaian bolt-on yang terhad. Bagi mereka yang mahukan ruang header/manifold lebih luas, saluran masuk 3.5 inci meningkatkan aliran sebanyak 36 peratus. Magnaflow mengatakan bahawa direct swap (tanpa penalaan) adalah cukup untuk 4hp tambahan pada Toyota Supra 2020.

Ia juga lebih ringan daripada ekzos kilang, tetapi masih mengekalkan injap ekzos kipas “Sport”. Magnaflow juga termasuk resonator gelombang 1/4 inci yang direka untuk menghilangkan bunyi droning (gema) dalam kabin ketika bergerak dalam mod “Normal”.

Sistem ini agak mahal, bermula dari US$2,500 (RM10,448) untuk Toyota Supra.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here