Uniti One diperkenalkan dan ia mempunyai tiga tempat duduk, sebuah kereta elektrik yang berharga £15,100 (RM80,819) dengan 65bhp. Model ini dicipta kerana sehingga kini, pilihan untuk memiliki kenderaan tiga tempat duduk dengan posisi memandu di tengah masih terhad kepada supercar dan hypercar seperti McLaren F1.
Jentera rekaan Sweden ini dibina di UK dan akan ditawarkan dengan dua pek bateri. Kereta standard menyediakan unit 12kWh yang menawarkan jarak perjalanan sejauh 150km dengan sekali caj, manakala unit 24kWh pilihan memberikan anda 300km dengan sekali caj. Uniti berkata jarak sejauh 100km boleh ditambah dalam masa sepuluh minit dengan menggunakan pengecaj CCS 50kW.
Suasana perjalan yang selesa disediakan, dan ianya baik kerana jalan di bandar moden agak rumit. Terdapat juga dua mod pemanduan, satu untuk bandar yang dipanggil City, dan satu mod yang yang dipanggil Boost. Ia mempercepatkan pecutan dan menambah maklumbalas ke stereng.
Dari segi reka bentuk, ia bersaiz kecil dan kelihatan pendek tetapi tetapi direka lebih luas daripada Volkswagen Up dan beratnya hanya 600kg. Masa pecutan 0-50km/j mengambil 4.1 saat, 0-100km/j mengambil masa sebanyak 9.9 saat, dan kelajuan tertinggi adalah 120km/j.
Rekabentuk, ianya padat, ringkas dan mempunyai bumbung panorama memberikan penglihatan yang lebih baik. Pemegang pintu yang menarik, manakala roda ditutup oleh aero discs.
Ruangan dalam adalah sangat ringkas, dengan roda stereng yang dikelilingi oleh trilogi skrin yang boleh dikonfigurasikan. Semua Spotify, Waze, dan lain-lain penyambungan sedemikian disediakan, dan seluruh sistem menggunakan Android.
Terdapat kamera sudut lebar pada cermin pandangan belakang, banyak bantuan keselamatan (ABS, ESC, pemantauan tekanan tayar dan sebagainya), dan perkara-perkara seperti lampu LED, lampu mood RGB dan sistem audio terkini.
Pertama, ia akan menuju ke Eropah dan kemudiannya di UK pada pertengahan tahun depan. Bos Uniti, Lewis Horne berkata: “Matlamat kami untuk Uniti One adalah untuk menjadi pemangkin bagi perubahan positif dalam industri kami.