Marquez Hancurkan perlumbaan dan kaki saya

3972

Jorge Lorenzo telah menyalahkan Marc Marquez berikutan insiden jatuh semasa  memasuki selekoh 1 di MotoGP  di Aragon.

Marquez, Lorenzo, Crutchlow, Aragon MotoGP 2018

Penunggang Ducati, yang  telah diluluskan oleh pasukan Honda untuk bergabung dengan Marquez,telah meluahkan perasaannya,”Dari apa yang saya yakin dan lalui,selama 7 tahun tujuh tahun berlumba di Aragon,saya masuk seperti biasa semasa mengambil selekoh”

“Dari luar, ia kelihatan seperti saya memasuki selekoh terlalu cepat, ruang terlalu luas, terlalu banyak di bahagian luar trek dan itulah sebabnya saya jatuh,” kata Lorenzo.



Lorenzo crashes behind Marquez, Aragon MotoGP 2018

Menurut lorenzo, ruang langsung tidak diberikan oleh Marc Marquez apabila menyedari kehadirannya. Halangan yang disengajakan telah di lakukan oleh marquez menyebabkan lorenzo tiada pilihan, samada terkeluar dari litar atau jatuh.

Tambah Lorenzo,kemalangan  di Misano adalah kesalahan saya. Kemungkinan saya  boleh menang di Aragon dan mungkin juga di Thailand.Tetapi kali ini Marc telah memusnahkan perlumbaan dan kaki nya.

Lorenzo crash, Aragon MotoGP 2018

Lorenzo yang terpaksa di usung keluar disahkan retak pada kaki kanan. Ini merupakan kali ke kedua berturut-turut Lorenzo gagal menamatkan perlumbaan dan ketinggalan 44 mata dari Dovizioso dalam perebutan menjadi juara.

Jorge Lorenzo (lahir 4 Mei 1987 di Palma de MallorcaBalearic Islands) merupakan seorang pelumba MotoGP. Dia merupakan juara 250cc musim 2006 dan 2007.

 

Kredit:Crash.Net

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here