Selamat tinggal kepada enjin EJ dengan WRX STI EJ20 Final Edition

2855

Di Tokyo Motor Show 2019, Subaru mendedahkan WRX STI EJ20 Final Edition sebagai ucapan selamat tinggal kepada barisan enjin EJ yang akan dihentikan pengeluarannya hujung tahun ini.

Kereta itu berasaskan WRX STI Type S Japan-spec yang dicat dengan warna World Rally Blue Pearl dan memakai rim aloi BBS 19-inci berwarna emas. Kombinasi ini seperti anda tahu, adalah bersempena dengan warisan rali Subaru.



Ciri unik lain adalah kemasan merah di gril depan, bampar belakang dan balutan ultra suede di dalam kabin.

Hanya 555 unit WRX STI EJ20 Final Edition ini akan dihasilkan, dan semuanya khas untuk pasaran Jepun (mungkin akan ada pengimport Malaysia bawa masuk?). Subaru juga akan mempertimbangkan semula jumlah pengeluaran ini jika ia menerima lebih banyak tempahan.

Subaru telah menggunakan barisan enjin EJ ini sejak 1989. Di Amerika Syarikat, hampir kesemua model Subaru menggunakan enjin itu sehinggalah ketibaan enjin FB pada 2010.

Versi rali dan perlumbaan Subaru kesemuanya menggunakan enjin EJ ini. Impreza WRX adalah model paling terkenal yang menggunakan enjin EJ, dengan versi turbo menghasilkan lebih 300hp.

Di kebanyakan pasaran pada masa ini, satu-satunya kenderaan yang masih menggunakan enjin EJ ialah Subaru WRX STI, dengan 2.5-liter flat-four turbo yang menjana 310hp dan 393Nm tork. Hanya 209 unit STI S209 akan dibina dan ditawarkan di Amerika Syarikat.

Pengakhiran EJ20 juga bermakna berakhirnya WRX dan STI yang kita ketahui. Kedua-dua kereta terus diasaskan dari Impreza generasi sebelum ini dan bukan menggunakan Subaru Global Platform baharu. Tetapi jangan risau, sudah pasti Subaru WRX baharu sedang dalam pembangunan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here