Dalla Porta juara Moto3 selepas kemenangan di Phillip Island

1305

Lorenzo Dalla Porta memperoleh kejohanan dunia Moto3 2019 dalam gaya tersendiri dengan memenangi GP Australia di Phillip Island. Dalla Porta kekal menjadi pendahulu sepanjang pertandingan, dengan 23 pelumba lain pada satu ketika membentuk kumpulan utama.

Pelumba dari Sepanyol itu mengetuai perlumbaan di barisan hadapan bersama jentera KTMnya, memecut dan memberi saingan yang sengit kepada pelumba lain dan menyudahkan perlumbaan di tempat yang pertama.



Satu-satunya pelumba yang boleh menghalang Dalla Porta daripada memenangi takhta kejuaraan adalah Tony Arbolino, dimana pelumba dari Itali perlu menyudahkan perlumbaan di kedudukan 12 teratas untuk mendapat peluang mengambil mata di GP Malaysia yang diadakan pada minggu depan.

Selain itu, Tatsuki Suzuki juga memberi saingan sengit untuk merangkul kemenangan kedua musim ini apabila dia berjaya memimpin perlumbaan seketika pada pusingan ke 4, namun Dalla Porta berjaya memberi saingan kepadanya untuk pelumba dari Sepanyol itu kembali memimpin perlumbaan. 

Pasukan Leopard Honda mengungguli tempat pertama dan kedua apabila pelumbanya, Dalla Porta menduduki tempat pertama manakala Marcos Ramirez menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Albert Arenas dari Gaviota Angel Nieto berada di tempat ketiga diikuti oleh Tatsuki Suzuki dari SIC58 Squadra Corse di tempat keempat.

Posisi Mata Nombor  Pelumba Negara Pasukan Jentera Masa
1 25 48 Lorenzo DALLA PORTA Itali Leopard Racing Honda 37’45.817
2 20 42 Marcos RAMIREZ Sepanyol Leopard Racing Honda +0.077
3 16 75 Albert ARENAS Sepanyol Gaviota Angel Nieto  KTM +0.088
4 13 24 Tatsuki SUZUKI Jepun SIC58 Squadra Corse Honda +0.126
5 11 17 John MCPHEE Great Britain Petronas Sprinta Racing Honda +0.330
6 10 40 Darryn BINDER Afrika CIP Green Power KTM +0.772
7 9 71 Ayumu SASAKI Jepun Petronas Sprinta Racing Honda +1.029
8 8 69 Tom BOOTH-AMOS Great Britain CIP Green Power KTM +1.545
9 7 14 Tony ARBOLINO Itali VNE Snipers Honda +1.635

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here