Sekiranya anda memerlukan contoh bagaimana sebuah kereta konsep menarik pada tahun 1990-an, lihat saja pada Ford Indigo Concept 1996 ini.
Jentera beroda rendah yang dibina untuk menyerlah bergemerlapan di bawah lampu terang pameran auto pada masa itu, tetapi setelah hampir 20 tahun, ia telah dijadikan koleksi peribadi. Dan sekarang ia akan tersedia dijual lagi dengan harga US$195,000 (RM816,270).
Terdapat senarai Facebook Marketplace di Detroit yang menyatakan bahawa Ford Indigo Concept 1996 ini dipercayai sebagai salah satu daripada hanya tiga yang wujud. Jentera ini dikuasakan oleh enjin V12 dengan 435hp yang direka untuk Aston Martin.
Tidak seperti banyak kereta konsep pada era itu, jentera ini masih kelihatan futuristik dan unik pada hari ini. Spoiler unik yang dipasang di bahagian hadapan dengan lampu terintegrasi melindungi rekabentuk jentera yang kelihatan tajam pada bahagian hadapan. Selain itu, cermin hadapan dan tali pinggang yang rendah menjadikan kereta ini sebuah jentera vintaj Ford asli.
Walaupun jentera ini diperkenalkan hanya tiga tahun selepas Chrysler mendedahkan Plymouth Prowler concept, yang akhirnya menjadi kenderaan produksi, kereta ini dibina dengan tujuan untuk menghadiri pameran-pameran auto. Pada awal tahun 2000, Indigo Concept merupakan produk jualan terbesar yang dijual oleh Ford kepada orang ramai, dan kini jentera itu sedia untuk dijual lagi.