GP Malaysia: Bekas pelumba negara rasa ada unsur sabotaj

4652

Bekas pelumba negara, Wazi Abdul Hamid berang dengan kes kecurian komponen yang berlaku pada awal pagi semalam, membabitkan beberapa pasukan yang beraksi pada Kejuaraan GP Malaysia.

Wazi Abdul Hamid yang pernah memperoleh tempat ke 2 kejuaraan Cub Prix Malaysia pada tahun 1994 dan 1995, tempat ke 2 pada kejohanan FIM Asia Racing Racing Championship pada tahun 2001 dan 2003, meluahkan rasa kesal terhadap perbuatan yang tidak sepatutunya itu di akaun Facebook miliknya.



Wazi Abdul Hamid pada zaman kegemilangannya

Menerusi status di akaun Facebook miliknya, Wazi Abdul Hamid berkata, kes yang berlaku itu memalukan imej negara di mata dunia dan persepsi dunia terhadap GP Malaysia.

“Adoi kena buat sesuatu dan betulkan minda masyarakat kita. Geng penyamun yang bermaharajalela ini patut segera dibanteras.

“Sudah-sudah beli barang panas itu. Susah kita hendak menjawab depan Allah nanti,” katanya.

Jelas Wazi, antara pasukan yang terbabit adalah Angel Nieto, pasukan yang akan disertai oleh pelumba negara dalam kategori Moto2, Hafizh Syahrin Abdullah musim depan.

“Macam ada unsur sabotaj. Nanti kalau berlumba di luar negara, habis le kalau orang tanya ‘where are you from?’ I am from Malaysia (Dari mana awak datang? Saya dari Malaysia)… Oh the missing racing parts country (oh negara yang mencuri komponen perlumbaan),” katanya.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here