TC Euro Cars mengumumkan bahawa hot-hatch Renault Megane RS 280 Cup kini boleh didapati melalui pelan langganan Renault.
Pelan yang diperkenalkan beberapa bulan lepas sebelum ini hanya terdapat untuk model Captur dan Koleos, namun kini menambah hatchback sporti itu di dalam senarainya.
Ini bermakna pelanggan kini boleh menikmati pengalaman pemilikan kenderaan berprestasi tinggi tanpa perlu memikirkan wang muka, faedah tinggi pinjaman, kos penyelenggaraan, terikat dengan perjanjian sewa-beli atau terkesan dengan susut nilai.
Pelan Renault Subscription ini terbahagi kepada dua, iaitu Fixed Plan dan Switch Plan.
Fixed Plan lebih berstruktur, boleh didapati untuk tempoh pendek satu atau tiga tahun. Ia merangkumi bayaran bulanan termasuk cukai jalan, insurans dan kos penyelenggaraan. Dengan pelan ini, Megane RS boleh anda miliki dari RM3,999 sebulan.
Sementara itu, Switch Plan pula menawarkan lebih kebebasan untuk pelanggan kerana mereka diberi akses kepada semua model Renault tanpa sebaran pertambahan kos bulanan.
Pelan ini membolehkan pelanggan yang menyewa Captur menaiktaraf kepada Koleos atau Megane RS dalam tempoh langganan itu. Switch Plan ini juga hadir dengan perbatuan tanpa had, tanpa penalti pembatalan, dan bayaran termasuk insurans, cukai jalan dan kos servis.
Renault Megane RS 280 Cup serba baharu ditawarkan dalam pilihan automatik EDC (efficient Dual Clutch) 6-kelajuan, atau manual 6-kelajuan. Kedua-duanya boleh didapati dalam pelan Renault Subscription untuk tempoh satu atau tiga tahun.
Kereta yang menjadi asas kepada Trophy-R yang memecahkan rekod di Nurburgring ini hadir dengan ciri dan teknologi dipertingkat. Antaranya adalah sistem stereng empat-roda 4CONTROL (pertama dalam segmennya) dan suspensi dengan hydraulic bump stop yang diinspirasikan dari rali.
Berminat? Unit Megane RS 280 Cup ini adalah terhad. Jadi jika anda ingin dapatkannya, lekaslah mendaftar di www.renault.com.my. Untuk maklumat lanjut hubungi 1-800-18-8663.
Fixed Plan
Pelan mampu milik jangka masa pendek
Details |
Captur |
New Koleos |
New Koleos Signature |
All-new MEGANE R.S. (MT) |
All-new MEGANE R.S. (AT) |
|
Monthly Fee |
|
|
|
|
|
|
3 years |
– |
– |
– |
RM3,999 |
RM4,299 |
|
2 years |
RM1,299 |
RM2,299 |
RM2,699 |
RM4,999 |
RM5,299 |
|
1 year |
RM1,499 |
RM2,499 |
RM2,899 |
RM5,999 |
RM6,299 |
|
Annual mileage cap |
20,000km annually (with option to top up an additional 10,000km at RM200/month for Captur & Koleos and RM400/month for MEGANE R.S.) |
|||||
Inclusive of |
Road tax, insurance, regular service |
|||||
Wear & tear |
Additional RM100/month covering selected wear & tear items (for the 2-year Fixed Plan only) |
– |
– |
|||
Security deposit |
RM2,500 |
RM3,500 |
RM3,500 |
RM6,000 |
RM6,000 |
|
Switch Plan
Fleksibiliti dan akses kepada semua rangkaian model Renault
Type |
Base Captur with 2-month RENAULT FAMILY access (usage of Koleos & MEGANE R.S.) |
Prime Captur with 4-month RENAULT FAMILY access (usage of Koleos & MEGANE R.S.) |
Monthly Fee |
RM1,999 |
RM2,199 |
Period |
1 year |
1 year |
Annual Mileage cap |
Unlimited mileage |
Unlimited mileage |
Inclusive of |
Road tax, insurance, regular servicing and wear & tear for Captur |
|
Security deposit |
RM3,500 |
RM3,500 |