McLaren GT kini di Malaysia, dilancar di bilik pameran baharu Glenmarie

2385

McLaren Automotive hari ini mengumumkan ketibaan GT, model terbaharu jenama itu yang disasarkan di segmen baharu. Pelancaran McLaren GT dibuat di ruang pameran McLaren Kuala Lumpur yang juga baru dilancarkan, yang terletak di Glenmarie, KL.

Fasiliti dengan keluasan 420m persegi itu menampilkan senibina moden, dengan ruangan pameran kereta, ruang servis, pusat jualan dan ruang lounge pelanggan.



Terdapat juga McLaren Window – satu ciri baharu – yang memberikan gambaran unik kepada kilang dan ibupejabat McLaren Production Centre (MPC) di Woking, England.

McLaren Kuala Lumpur ini merupakan perwakilan tunggal McLaren buat masa ini di Malaysia, dan dioperasikan oleh Mc Farren Supercars.

McLaren GT menjadi ahli baharu yang melengkapkan rangkaian sportscar dan supercar yang ditawarkan McLaren di Malaysia. Ini merangkumi 570S Coupe dan Spider, 600LT Coupe dan Spider, serta 720S Coupe dan Spider.

McLaren GT ini dikuasakan oleh enjin 4.0-liter V8 twin-turbo jenis dry sump yang menghasilkan 612hp dan 630Nm tork. Kuasa disalurkan ke roda belakang melalui transmisi Seamless Shift Gearbox (SSG) 7-kelajuan dan open differential dengan McLaren Brake Steer.

Kereta ini dibina dari casis monocoque gentian karbon dan mempunyai berat kering 1,466kg sahaja. Ini membolehkannya memecut dari pegun ke 100km/j dalam masa 3.2 saat.

Ciri bantuan pemandu termasuklah anti-lock braking system, traction control system, dynamic stability control dan launch control. Tayar adalah Pirelli P Zero bersaiz 225/35 di depan dan 295/30 di belakang, manakala rim adalah 20-inci di depan dan 21-inci di belakang.

McLaren GT dijual pada harga bermula RM908,000 sebelum cukai dan pilihan aksesori tambahan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here