Topi keledar, ribuan botol antara sampah dikutip Interceptor 002

1637

Topi keledar, beg tangan dan botol pelbagai saiz antara ribuan sampah hanyut yang berjaya dikutip setiap hari di Sungai Klang melalui jentera Interceptor 002 kendalian The Ocean Cleanup.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Boyan Slat mengakui terkejut dengan hasil kutipan di sungai berkenaan, namun berpuas hati kerana berjaya menghalang sampah dari terus memasuki laut.



“Sungai Klang dipilih berdasarkan faktor lokasi dan keluasannya yang sesuai untuk operasi Interceptor 002.

“Di Klang, ‘interceptor’ ini mampu mengutip sehingga 100,000 kilogram (kg) sampah sehari dan bagi fasa pertama kami menyasarkan 10,000 kg sehari,” katanya dalam hantaran di laman twitter baru-baru ini.

Boyan yang juga pengasas The Ocean Cleanup menyasarkan untuk meneruskan projek sama ke 1,000 sungai tercemar di seluruh dunia menjelang 2025.

Sehingga kini sebanyak empat ‘interceptor’ telah dibina dan Interceptor 001 kini sedang beroperasi di Jakarta sementara dua lagi dijangka dipasang di Delta Mekong, Vietnam dan Santo Domingo, Republik Dominika.

Terdahulu pada 4 November lalu, Kerajaan Negeri mengumumkan Interceptor 002 digunakan untuk pembersihan sungai di bawah Gerbang Maritim Selangor (SMG).

Jentera pembersihan berkuasa solar yang dibina dengan kos kira-kira RM3.2 juta (700,000 Euro) itu dibiayai sepenuhnya oleh The Ocean Cleanup atas dasar tanggungjawab memelihara kehidupan sungai.

Operasi pembersihan dilakukan secara percuma selama setahun dengan kerjasama anak syarikat Kerjaan Negeri iaitu Landasan Lumayan Sdn Bhd.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here