Fabio Quartararo dan Jack Miller rebut gelaran ‘Independent Rider’ di Valencia

1473

Hanya 23 mata memisahkan Fabio Quartararo dan Jack Miller dalam perebutan gelaran Pelumba Bebas (Independent Rider) terbaik menjelang penutup musim 2019 Kejuaraan Motosikal Dunia di Grand Prix (GP) Valencia, hujung minggu ini. 

Bagi pelumba PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (PETRONAS Yamaha SRT), Quartararo, mengecapi gelaran berkenaan tentunya menjadi misi di Litar  Ricardo Tormo selepas pasukan mengesahkan gelaran dalam kategori Pasukan Bebas (Independent Team) terbaik di GP Malaysia, dua minggu lalu. 



Mengulas lanjut tentang perlumbaan terakhir bagi musim pertamanya dalam kelas MotoGP, pelumba dari Perancis itu berkata: “Pelarasan motosikal jelas berbeza sekarang berbanding ketika saya mula menunggangnya di Valencia 12 bulan lalu.

“Saya menerima banyak pengalaman sebagai seorang pelumba dan pasukan juga sama. Jadi kami seharusnya menjadi lebih pantas pada kali ini. Kami perlu membandingkan data daripada tahun lalu bagi melihat apakah yang perlu kami perlu perbaiki.

“Saya memenangi empat perlumbaan di Ricardo Tormo dalam Kejuaraan Sepanyol dan ia juga adalah tempat pertama saya menunggang motosikal MotoGP, jadi banyak memori indah di Valencia.”

Sejak pusingan pertama di GP Qatar, Quartararo yang membuka mata banyak pihak dengan bakat dimilikinya selepas mengumpul 172 mata untuk berada di tangga keenam keseluruhan tatkala juara musim ini sudah dimuktamadkan pelumba pasukan Repsol Honda Team, Marc Marquez

Fabio Quartararo dan Jack Miller akan bersaing pada MotoGP Valencia yang dijadualkan akan diadakan pada pada hari Ahad, 17 November 2019.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here