Pandu uji: Porsche Macan S – Sapu rata dua alam [+video]

3057

Jika anda mengikuti perkembangan dunia automotif, anda pasti tahu bahawa Porsche Macan S generasi akan datang bakal ditawarkan dalam versi elektrik sepenuhnya (EV).

Versi EV akan hadir sebagai pilihan tambahan kepada enjin pembakaran dalam biasa, sebelum menggantikan sepenuhnya barisan Macan, menjadikan SUV itu EV sahaja. Ia juga dikatakan akan mendapat komponen dari Porsche Taycan EV.



Malah, Porsche Boxster akan datang juga akan berlaku perkara yang sama. Ini bermakna, Porsche Macan generasi sekarang ialah generasi terakhir yang menggunakan bahan api fosil sepenuhnya.

Jadi, marilah kita nikmati apa yang ada ini sebelum spesies ini “pupus”.

Kami sempat memandu uji Porsche Macan baru-baru ini, dalam varian Macan S yang lebih sporti dan berkuasa.

Ia juga datang dengan harga permulaan lebih tinggi, iaitu RM625,000 berbanding Macan biasa yang bermula pada RM455,000.

Dengan itu, Porsche Macan S dikuasakan enjin 3.0-liter V6 turbo yang menghasilkan 354hp dan 480Nm tork. Transmisinya ialah PDK dwi-klac 7-kelajuan yang cukup mantap.

Anda rasa Porsche Macan S ini nampak sama je dengan yang biasa anda nampak di jalan? Cuba tengok lampu belakang dengan bar mendatar yang mengubungkan dua-dua lampu kiri dan kanan.

Ya, itulah salah satu dari beberapa pembaharuan pada Macan ini. Segalanya kecil-kecil sahaja tapi cukup menjadikannya sebuah facelift.

Ikuti Amirul dalam video di bawah dimana dia tunjukkan luar dan dalam serta ulasan pemanduan jentera ini dan ketahui kenapa Macan berjaya mengaburi sempadan antara sebuah SUV dengan sebuah kereta sports.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here