Pakar ekzos Ducati, Luigi Termignoni meninggal dunia

2236

Bagi peminat Ducati, nama ekzos Termignoni sebenarnya sudah sebati dengan jiwa mereka. Namun, ini ada satu berita sedih yang mahu dikongsikan kepada pembaca apabila pengasas ekzos itu, Luigi Termignoni meninggal dunia antara 17 dan 18 November lalu.



Mendiang meninggal dunia ketika berumur 75 tahun selepas lebih 50 tahun berkecimpung dalam bidang membuat sistem ekzos itu.

Sistem ekzos Termignoni ini digunakan dalam siri perlumbaan terkemuka dunia. Sepanjang dalam dunia sukan permotoran, jenama itu sudah pun memenangi 10 gelaran dalam MotoGP. Selain itu jenama itu juga merangkul 16 gelaran di WSBK, dua gelaran di Paris-Dakar dan FIM Cross-Country Rallies.




Jika dilihat latar belakangnya, mendiang membuka kedai mekanik motosikal yang memberi tumpuan kepada Ducati, Kawasaki, dan motosikal Honda pada tahun 1969.

Luigi Termignoni mula melakukan kerja sebelum perlumbaan bermula ke atas enjin. Selain itu, dia juga mula membina bahagian khusus untuk enjin empat lejang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here