Bloodhound LSR optimis pecahkan rekod kenderaan darat terpantas iaitu 1,600km/j

1822

Demi memecah rekod untuk kenderaan darat terpantas, pasukan Bloodhound LSR dari UK nampaknya berusaha keras untuk mencapai hasrat itu. Walaupun kenderaan darat, Bloodhound LSR lebih sesuai untuk dipanggil roket daripada kereta.

Kerana enjin yang digunakan adalah jenis Rolls Royce EJ200 yang digunakan pada pesawat pejuang tentera Eurofighter Typhoon 2000 dengan tujahan 10 tan.



Jika rekod ini berjaya dipecahkan, jentera ini dan juruterbangnya Andy Green akan menjadi kenderaan dan orang pertama yang mencapai kelajuan supersonik tetapi masih di permukaan tanah.

Untuk menembusi sasaran 1,600Km/Jam, jentera ini diuji pada pertengahan November di Kalahari Desert, Afrika Selatan.

Dalam ujian yang telah dijalankan beberapa sesi, kelajuan tertinggi yang direkodkan adalah 1,010Km/jam.

Sehingga kini, rekod untuk kenderaan darat terpantas masih dipegang oleh Thrust LLC dengan kelajuan tertinggi 1,228Km/jam.

Untuk mendapatkan kelajuan tambahan dalam usaha memecahkan rekod rasmi yang akan dijalankan pada tahun 2020, Bloodhound akan dibekalkan dengan roket tambahan yang dibuat oleh syarikat Norway, Nammo.

Dalam sesi ujian yang sudah dilakukan, pasukan Bloodhound LSR memasang 192 sensor untuk mendapatkan data tambahan untuk memperbaiki catatan masa.

Uniknya, untuk mencapai kelajuan yang tinggi, jentera ini akan menggunakan roda aluminium, bukan getah seperti roda kenderaan pada umumnya. Ini kerana pada kelajuan tinggi roda getah mempunyai risiko meletup.

Sebagai pengetahuan tambahan, pasukan Bloodhound LSR mendapati bahawa dengan memasuki kelajuan supersonik, cat pada beberapa bahagian turut mengelupas.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here