Perkembangan positif dari Hafizh Syahrin dan Aron Canet

2702

Pra musim 2020 sudah pun bermula untuk Pasukan Ángel Nieto, dengan pelbagai peralatan baru untuk ujian pertama di Litar Ricardo Tormo. Perkembangan positif dari Hafizh Syahrin dan Aron Canet dimana mereka menghabiskan masa dua hari menggunakan jentera yang akan ditunggang pada saingan Moto2 musim hadapan.

Perkembangan positif dari Hafizh Syahrin menandakan kepulangannya kembali dalam kategori Moto2, di mana dia berlumba dari 2011 hingga 2016 sebelum menghabiskan dua musim dalam MotoGP. Jentera yang digunakan dijana enjin Triumph dan casis Speed ​​Up untuk kali pertama dan pelumba dari Malaysia itu mencatatkan 120 pusingan di Valencia selama dua hari.



Rakan sepasukannya iaitu Aron Canet turut membuat pengenalannya dalam saingan Moto2 dengan dua hari ujian di Litar Ricardo Tormo, di mana dia mencatatkan jumlah 128 pusingan.

Juara Moto3 tahun lalu itu mengembangkan kariernya dengan Pasukan Ángel Nieto. Beliau berharap untuk terus meningkat dan mencapai keputusan yang baik dalam fasa seterusnya. Ujian berikutnya untuk Aron Canet dan Hafizh Syahrin akan berlangsung pada Februari 2020 di Circuito de Jerez.

Hafizh Syahrin (120 pusingan):

“Saya menamatkan ujian pertama ini di Moto2 dengan baik dan positif. Hari pertama berjalan dengan baik, dan pada hari kedua saya menumpukan kepada gaya menunggang dan membuat penambahbaikan secara beransur-ansur. Kami kehilangan sedikit kelajuan di sudut pertengahan, tetapi itulah perbezaan antara Moto2 dan MotoGP. Saya mula membiasakan diri dengan jentera dan saya gembira kerana kita tidak jauh dari pelumba terpantas. Mudah-mudahan pada Februari kita boleh mula bekerja dengan jentera baru, pasukan saya dan saya sendiri boleh bekerja maksimum. “

Aron Canet (128 pusingan):

“Kami bermula dalam kategori baru. Sedikit demi sedikit saya cuba membuat lebih baik dan mendapat masa pusingan yang terbaik. Kami mengambil langkah ke hadapan dengan penambahbaikan kerana sebelum ini kami mula dengan tetapan asas daripada Speed ​​Up, hanya untuk membiasakannya. Saya berjaya menetapkan kadar yang kompetitif, walaupun kami kurang selesa dengan tayar lembut untuk menamatkan pusingan dengan cepat. Saya gembira dan teruja untuk mengambil cabaran baru ini. “

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here