Yamaha lancar YZF-R125 – 2019, kacak dan jimat bahan api

5264

Tester dapat rasakan keluaran Yamaha kali ini akan meletup jualannya di Malaysia. Masih ingat lagi pada model R-25. Model yang ditunggu-tunggu oleh anak muda. Selesai saja upacara pelancaran, motosikal masuk kedai, macam goreng pisang panas permintaannya. Kini Yamaha YZF-R125 pula.

Yamaha YZF-R125
Yamaha YZF-R125

Tester sendiri pun tidak pernah di jemput semasa pelancaran pelbagai model motosikal Yamaha. Tapi tetap menyampaikan informasi kepada peminat 2 roda.

Yamaha YZF-R125
Yamaha YZF-R125

R-125cc Sport terbaik mendapat reka bentuk semula radikal dan VVA untuk 2019.



Semenjak Yamaha melancarkan motosikal siri – R satu dekad yang lalu, jualannya menduduki tangga teratas.

Apa yang telah menjadikannya begitu popular adalah gabungannya yang hebat dan prestasi enjin terbaik daripada motosikal 125cc yang sederhana.

Yamaha YZF-R125
Yamaha YZF-R125

Yamaha YZF-R125

Tapi kini Yamaha YZF-R125 telah kelihatan sangat menakjubkan. Ia mungkin cukup cantik untuk menggoda anak muda berusia 17 tahun keatas dari berpeleseran tanpa tujuan, lebih baik menerjah ke alam dua roda pada tahun 2019.

Model ini bukan setakat cantik, malah enjin 125cc 4 injap tunggal, disejukkan dengan cecair baru yang juga kini mempunyai Pemutar Valve Variabel (VVA), berfungsi mengoptimumkan kedudukan injap masuk dan keluar bagi meningkatkan ciri-ciri kuasa dan tork enjin di seluruh keseluruhan enjin.

4-injap baru dengan injap yang lebih besar dan pendek ruang pembakaran, di akui oleh Yamaha lebih berkesan dalam pembakaran serta menjimatkan pengunaan bahan api.

Sistem suntikan bahan api direka bentuk semula dengan throttle body yang lebih besar serta penambahbaikan sistem penyejukan, hanya menggunakan radiator yang lebih kecil. Assist & Slip klac serta tindakan klac lembut dan positif.

 

Casis Deltabox baru dengan geometri yang memberikan lebih banyak kestabilan dan kawalan.

Swingarm aluminium yang baru, lebih pendek dan ringan daripada model sebelumnya. Rim tayar belakang yang lebih luas (sekarang 140 / 70-17, naik dari 130). Tempat duduk itu lebih tebal sedikit dari model yang ada sekarang, tangki minyak 11 liter .

Paparan meter LCD baru dan speedo besar terdampar menyampaikan maklumat kepada penunggang.

Speksifikasi YZF-R125

  • Enjin: 124.7cc tunggal
  • Prestasi: 14.75bhp / 9ftlb
  • Berat: 142kg (curb)
  • Ketinggian kerusi: 825mm
  • Tangki: kapasiti 11 liter
  • Swingarm: aluminium baru
  • Warna: Yamaha Blue, Tech Black and Competition White

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here