Betul ke Isuzu D-MAX 1.9 Blue Power jimat minyak? Bacaan meter kurang tepat? [+video]

6282

Selain dari ketahanan dan kelasakan, perkara yang lazim dikaitkan dengan Isuzu D-MAX adalah kecekapan bahan api. Bahasa lebih mudah; jimat minyak.

Beberapa tahun lepas, Isuzu D-MAX telah menyertai acara Dura-Miles dimana mereka telah berjaya memandu dari Bangkok ke Singapura dengan hanya menggunakan satu tangki sahaja.



Kami tak pasti bagaimana mereka lakukannya, tapi kita faham satu perkara di sini: Isuzu D-MAX mempunyai tahap penjimatan bahan api luar biasa.

Jadi Isuzu telah melancarkan D-MAX baharu beberapa bulan lepas. Selain varian enjin 3.0-liter yang masih ditawarkan, mereka memperkenalkan enjin serba baharu 1.9-liter Blue Power yang menggantikan enjin 2.5-liter.

Enjin ini menampilkan beberapa ciri seperti lebih menjimatkan bahan api, lebih senyap, dan tahan lasak. Pelbagai langkah digunakan untuk mencapai ciri-ciri ini seperti penggunaan komponen lebih kukuh, lebih ringan, kebuk pembakaran baharu, turbo baharu, dan penyuntik bahan api lebih tepat.

Dari segi output, enjin 1.9-liter Blue Power baharu ini menghasilkan 150PS dan 350Nm tork, iaitu 10% lebih berkuasa dan 9% lebih tork.

Kami telah memandu uji Isuzu D-MAX dengan enjin 1.9-liter Blue Power ini di Thailand sebelum pelancarannya di Malaysia. Tanggapan awal ialah ia memang nampak menjimatkan. Setelah lebih 200km memandu, hanya satu dari 17 bar minyak turun.

Baru-baru ini, kami mendapat unit pandu uji dari Isuzu Malaysia untuk pemanduan lebih menyeluruh. Secara kasar, D-MAX 2019 ini masih terasa seperti D-MAX sebelumnya dengan rasa utilitarian, tetapi itu bukanlah sesuatu yang negatif.

Dari segi penggunaan bahan api, ia ternyata agak mengejutkan. Dari bacaan komputer perjalanan kenderaan, nampak biasa sahaja. Namun jika dikira betul-betul jumlah jarak yang D-MAX ini boleh dipandu dari satu tangki penuh, ia sebenarnya lebih menjimatkan dari yang dipapar.

Jadi, meter itu kurang tepat! Bukan kurang tepat yang merugikan anda, tetapi yang menguntungkan! Saksikan “penemuan” penulis di video di bawah:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here