Smart yang sudah berusia 20 tahun ini masih aktif diperingkat global, namun amat jarang dapat dilihat di Malaysia.
Jenama ini bakal melancarkan model konsep baharu yang digelar sebagai Smart Forease di Paris Motor Show nanti.
Model tanpa bumbung kelihatan sangat elegan dan futuristik ini hadir dengan teknologi elektrik. Selain itu, jentera ini juga dibina dengan cermin hadapannya yang lebih pendek.
Jentera ini dibina berdasarkan model terdahulu iaitu Smart EQ Fortwo Cabrio. Ia menggunakan kemasan reka bentuk dalaman berwarna hijau terang yang sesuai dengan reka bentuk luarannya.
Ia merupakan kereta elektrik yang lebih sesuai digunakan dikawasan bandar kerana reka bentuknya yang kecil molek.
Jenama dibawah syarikat Daimler ini hanya menjual kereta elektrik di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Canada dan Norway sejak tahun 2017.
Menjelang tahun 2020, jenama ini bakal menjual kereta yang hanya menggunakan kuasa elektrik.
Kereta ini menarik dan mempunyai ciri futuristik namun pada pendapat anda, sesuai kah kereta seperti ini dikeluarkan di negara kita?