Rolls-Royce perkenalkan jentera beserta cat bertabur kristal

2238

Rolls-Royce menjadi salah satu pengeluar kereta dari Britain yang dikenali sebagai pengeluar kereta mewah. Tahun ini, mereka mengeluarkan produk khas untuk memperingati ulang tahun ke-115 mereka.

Sebelum ini, mereka mengumumkan kehadiran Rolls-Royce Phantom Red Special ini pada Mei 2019. Kereta ini dijangka dilelong pada 4-13 Disember 2019 dan hasil daripada jualan kenderaan mewah ini akan disalurkan untuk memerangi AIDS.



Dipetik dari Otosia.com, Rolls-Royce Phantom Red Special dihasilkan oleh Bespoke Design Collective di Goodwood, England. Salah satu ciri yang menarik pada kereta itu adalah bahagian luarannya.

Rolls-Royce Phantom Red Special disediakan dengan cat berwarna merah magma dengan disertakan kristal di setiap lapisannya. Sekurang-kurangnya 5 lapisan digilap dengan tangan dan mengambil masa lebih dari 24 jam.

Ruangan dalam yang ultra- mewah

Memasuki ruangan dalam, jentera ini dilengkapi dengan kabin kulit berwarna Arctic White dengan aksen Mugello Red. Antara ciri mewah lain yang disertakan ialah panel kayu yang diukir dengan tangan.

Bahagian papan pemuka juga disertakan dengan warna Mugello Red dan mereka memanggilnya sebagai konsep Regatta Sails. Di samping itu, terdapat juga plat yang diukir “115 Tahun Rolls-Royce” di bahagian pemijak kaki.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here