Topi keledar untuk motosikal dan kereta – Apakah perbezaannya?

2805

Fungsi topi keledar adalah untuk melindungi kepala daripada perlanggaran untuk meminimumkan kecederaan.

Topi keledar adalah salah satu peranti keselamatan wajib di dunia perlumbaan, sama ada perlumbaan kereta atau motosikal.

Walaupun fungsi dan objektif topi keledar untuk motosikal dan kereta sama, terdapat spesifikasi khas yang membezakan antara topi keledar perlumbaan kereta dan perlumbaan motosikal. Ini kerana perlunya perlindungan antara topi keledar kereta dan topi keledar motosikal tidak sama.



Dari perbezaan fizikal, ianya tidak terlalu jauh, tetapi untuk topi keledar jenis full face, visor topi keledar yang ditetapkan untuk perlumbaan motosikal lebih lebar daripada topi keledar buntuk perlumbaan kereta.

Satu lagi perbezaan topi keledar untuk motosikal dan kereta ialah untuk perlumbaan kereta masih dibenarkan menggunakan topi keledar open face. Manakala untuk perlumbaan motosikal, ianya mestilah jenis full face atau dilindungi sepenuhnya. Topi keledar open face dalam perlumba kereta biasanya ditemui pada acara rally.

Terutama untuk perlumbaan F1 dan Nascar, biasanya terdapat clip on pada topi keledar. Fungsinya adalah untuk melekat pada pelindung leher supaya topi keledar tidak bergerak.

Untuk struktur tempurung, tidak ada perbezaan yang ketara antara topi keledar kereta atau motosikal. Hanya pada topi keledar kereta, tempurung biasanya dibuat untuk menahan beratus-ratus darjah haba untuk melindungi pemandu jika kenderaan itu terbakar.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here