Ini senarai filem dan jentera digunakan Daniel Craig selama 13 tahun sebagai James Bond

3769

Kereta yang digunakan dalam filem James Bond sentiasa mengagumkan. Kereta itu menyokong kemunculan pelakon, Daniel Craig sebagai Agent 007 selama 13 tahun.

Daniel Craig

Kini trailer filem Bond James: No Time No Die telah dikeluarkan. Dalam treler itu kelihatan banyak kenderaan yang menarik dalam beberapa adegan. Seperti Aston Martin DB5 dan Land Rover terbaru.



James Bond: No Time No Die akan menjadi siri terakhir Daniel Craig sebagai James Bond. Disini kami sertakan barisan kereta dalam filem James Bond yang tampil bersama Daniel Craig:

1. Siri Casino Royale

Daniel Craig

Supercar Aston Martin DBS 2006 menjadi kenderaan yang digunakan oleh Daniel Craig dalam siri James Bond Casino Royale yang pertama. Pada akhir filem, Bond juga menggunakan sebuah Jaguar XJ8.

2. Siri Quantum of Solace

Daniel Craig

Dalam siri James Bond kedua, Craig memusnahkan sebuah DBS hitam pada adegan pertama. Kemudian datang Land Rover klasik dan Ford Edge hitam dengan bahan api hidrogen pada seluruh adegan filem. Dalam siri ini, kereta Volkswagen Beetle yang ikonik juga digunakan.

3. Siri Skyfall

Daniel Craig

Dalam siri ini tidak banyak kereta yang muncul. Hanya ada adegan Bond bersama dengan Aston Martin DB5. Pada akhir filem kereta DB5 itu sekali lagi dimusnahkan.

4. Siri Specter

Daniel Craig

Berbeza dengan siri Skyfall, pada siri Specter, banyak kereta James Bond muncul. Seperti ketika adegan pada Tiber Rover, Bond menggunakan Aston Martin DB10. Kemudian apabila diserang oleh Hinx yang dilakonkan oleh Dave Bautista, Bond menggunakan kereta Jaguar CX-75 yang merupakan kereta konsep dan tidak pernah dihasilkan. Kemudian Defender Land Rover muncul adegan di salji.

5. Siri No Time No Die

Dalam siri terakhir yang mungkin akan dikeluarkan pada April 2020, Bond akan menggunakan Land Rover Derfender terbaru, Aston Martin DBS Superleggera, dan Aston Martin V-8 Vintage.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here