5 supercar yang boleh capai 100km/j kurang 3 saat

1531

Pecutan dari 0-100km/jam adalah salah satu cara pengeluar kereta membuktikan keunggulan produk mereka. Setiap kereta mempunyai prestasi yang berbeza dan hanya segelintir supercar yang boleh mencapai mencapai 100Km/Jam dalam masa kurang dari 3 saat. 

Berikut adalah 5 supercar boleh mencapai 100km/jam bawah 3 saat:



Bugatti Chiron Sport

supercar boleh mencapai 100Km/Jam

Apabila Chiron diperkenalkan, Bugatti menciptanya sebagai sebuah hypercar. Dalam versi Sport, Chiron masih menggunakan enjin W16 8.0L yang mampu menghasilkan 1,500hp. Tetapi Chiron Sport mendapat penambahbaikan yang dapat mengurangkan berat badan dan memperbaiki prestasi. Kelajuan maksimum Bugatti Chiron Sport mencapai 420km/j dan pecutan hanya mengambil masa 2.4 saat.

Porsche 918 Spyder

supercar boleh mencapai 100Km/Jam

Model ini dikenali sebagai supercar hybrid pertama Porsche. 918 Spyder juga merupakan supercar yang menggabungkan enjin 4.6L V8 dan 2 motor elektrik, yang menghasilkan 887hp. Malangnya, kelajuan maksimum Porsche 918 Spyder masih menjadi misteri. Sedangkan jentera ini mampu memecuta dalam masa 2.4 saat.

Fenyr Supersport

Fenyr Supersport bukanlah supercar yang popular. Supercar ini dibuat oleh W Motors, yang merupakan pengeluar supercar yang berpangkalan di Timur Tengah. Untuk mempunyai Fenyr Supersport, pengguna perlu membelanjakan harga sekitar USD 1.9 juta atau sekitar RM7,855,550.

Walaupun hanya menggunakan enjin V6 buatan sendiri, ia mampu mencapai sehingga 900hp. WKelajuan maksimumnya mencapai 396.8km/j dengan pecutan sebanyak 2.7 saat.

Porsche 991 GT2 RS

Porsche 991 GT2 RS menggunakan roda magnesium, bingkai gentian karbon, dan aerodinamik. GT2 RS juga menggunakan enjin Porsche yang paling berkuasa yang pernah dibuat, sebuah enjin 3.8-liter 6-silinder berkuasa 691hp. Untuk mencapai kelajuan 100km/j, Porsche 991 GT2 RS mengambil 2.7 saat.

Lamborghini Aventador LP-750-4 Superveloce

Pada tahun 2011, Lamborghini mencipta model baru yang dinamakan sempena lembu liar Sepanyol, Aventador. Jentera ini mampu mengusakan sehingga 690hp.

Tetapi ia mungkin tidak memuaskan, jadi Lamborghini menjadikan Aventador LP 750-4 Superveloce yang bermaksud ianya lebih pantas. Model ini mendapat peningkatan dalam prestasi dan menjadikan mampu menguaskan sehingga 750hp.

Supercar ini hanya mengambil masa 2.8 saat untuk mencapai kelajuan 100km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 347.2km/j.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here