[K]emunculan model Aprilia Shiver 900, pengganti kepada model Shiver 750 bakal melonjak kembali nama Aprilia di Malaysia. Persaingan Naked cukup hebat. Apakah model Eropah ni bakal mengugat model-model keluaran dari Jepun.
Jenama Aprilia boleh dikatakan agak suram di negara kita. Diawal kemasukan model SBK seperti RSV-4, nama Aprilia sentiasa bermain dibibir peminat 2 roda tanahair.
Mungkin di bawah pentadbiran terkini, jenama ini bisa mencelikkan mata peminat tegar motosikal keluaran Itali yang sentiasa ternanti-nanti kabar berita jenama kecintaan mereka.
Shiver 900 mempunyai beberapa perubahan terperinci untuk tahun 2019, dengan ekzos baru yang bertujuan menjimatkan bahan bakar dengan lebih berkesan serta skema warna baru iaitu Challenging Red and Innovation Dark.
Spesifikasi Shiver 900
- Enjin: 896cc cecair yang disejukkan cecair V-Twin
- Prestasi: 94bhp / 66ftlb
- Berat: 218kg (curb)