Proton X70 CKD bakal berada dalam pasaran tidak lama lagi!

2990

Seperti yang ditunggu, unit pertama Proton X70 yang dipasang di kilang baharu Proton yang bernilai RM1.2 bilion itu telahpun dirasmikan dari pusat pemasangannya. Ini juga ialah selepas setahun satu hari Proton X70 mula dilancar di pasaran Malaysia pada Disember tahun lepas.

Pemasangan CKD untuk SUV segmen-C paling laris di Malaysia itu dibuat di fasiliti canggih Proton yang ditambah dari kilang sedia ada. Ia juga menggabungkan vendor dan pembekal tempatan serta luar negara yang membentuk rantaian pembekal untuk memasang kereta itu.



Turut hadir menyaksikan acara perasmian itu adalah YB Datuk Darell Leiking, Menteri Perdangangan dan Industri Antarabangsa, Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi Proton, An Conghui, Presiden dan CEO Geely Auto Group, serta ahli pengurusan tertinggi Proton.

Dalam mempersiapkan aktiviti pemasangan X70 CKD ini, Proton telah bekerja rapat dengan vendor tempatannya untuk memadankan mereka dengan syarikat-syarikat yang telah membekalkan komponen untuk SUV itu.

Ini melibatkan tujuh perjanjian baharu yang dibentuk dari syarikat tempatan dan asing yang berkongsi kepakaran dan sumber pengeluaran.

Perjanjian lain pula membabitkan pelaburan bernilai RM263 juta dan penghasilan lebih 1,000 peluang pekerjaan baharu dari segi perjanjian teknikal dan pelaburan secara terus.

Menurut Datuk Darell Leiking, pengeluaran Proton X70 CKD dan model-model akan datang di Tanjung Malim akan membangunkan komuniti vendor. Pengenalan teknologi baharu juga akan memperkasan industri tempatan untuk menembusi pasaran global.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here