Tengku Amirul kejar kemenangan keenam di Kejuaraan Cub

1181

Tengku Amirul Hafiruddin sudah meraih lima kejuaraan musim ini dan dia memburu kemenangan keenam pada kejuaraan akan datang. Tengku Amirul bakal beraksi di halaman sendiri pada pusingan ketujuh Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kuala Terengganu. Kejuaraan yang dinanti-nantikan ini bakal berlangsung pada 5 dan 6 Oktober ini.

Tengku Amirul Hafiruddin

Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu telah meraih lima gelaran juara daripada enam perlumbaan musim ini. Yang paling mengagumkan, pelumba berbakat ini hanya sekali sahaja tamat di kedudukan keempat sewaktu pusingan keempat di Temerloh, Pahang.

Berasal dari Dungun, Terengganu, pelumba itu itu kini selesa mendahului kedudukan keseluruhan dengan 138 mata, 52 mata mengatasi rakan sepasukan.



cub

Rakan sepasukannya Md Fareez Afeez berada di kedudukan kedua dengan 86 mata manakala Md Haziq Md Fairues ditempat ketiga dengan 79 mata.

“Saya gembira kerana selepas dua tahun, perlumbaan Cub Prix kembali ke Kuala Terengganu dan saya dapat beraksi di hadapan keluarga dan penyokong saya di sini. Saya juga berharap dapat mengulangi pencapaian menaiki podium di sini pada tahun 2015,” kata Tengku Amirul.

Tambahnya lagi, “Namun, walaupun saya telah memenangi lima perlumbaan setakat ini, saya tidak mahu terlalu yakin kerana perlumbaan CP115 ini sentiasa sengit dan tidak diduga. Apa yang pasti, saya akan memberikan prestasi terbaik. Saya juga amat yakin pasukan akan menyediakan jentera terbaik untuk saya minggu ini.”

Selamat maju jaya diucapkan kepada pelumba-pelumba berbakat yang bakal menyertai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here