Bertambah Matang – 9th Sibu Bike Week

2495

Tahun ke 9 dan saban tahun semakin banyak kemajuan yang di pertontonkan kepada pengunjung. Kematangan kian terserlah. Itulah Sibu Bike Week.

Sibu Bike Week satu acara perhimpunan motosikal yang terbesar di Borneo. Bulan disember setiap tahun menyaksikan bandaraya Sibu di penuhi dengan pelbagai jenis motosikal.

Pelbagai kaum dan lapisan usia turut memeriahkan acara

Pemilik motosikal berkunjung ke bandaraya Sibu dengan satu tujuan  iaitu menyertai acara Sibu Bike Week.



Terbukti acara Sibu Bike Week berpontensi menjana ekonomi peniaga tempatan serta kerajaan negeri.

2019 sekali lagi bandaraya Sibu di gegarkan dengan dentuman ekzos motosikal. Namun susun atur acara tahunan ini cukup cantik.

Pemilik motosikal dari Brunei yang hadir

Penganjur begitu prihatin terhadap rungutan dari pengunjung. Acara Sibu Bike Week kali ini terhindar dari kebingitan dan asap motosikal yang merimaskan pengunjung.

Menurut Abdul Razak  Abdul Salam, penganjur Sibu Bike Week. Pengunjung dari pelbagai negeri dan negara yang datang ke Sibu tidak akan serik untuk berkunjung buat kedua kalinya.

Abdul Razak memerhatikan kedua anaknya dalam mengadili pertandingan acara Ekzos Paling Bising

Ini kerana Sibu merupakan bandar ketiga terbesar di Sarawak selain dari Kuching dan Miri.
Tambahan pula Sibu adalah sebuah bandar yang baru membangun.

Presiden SAMA Datin Seri Elly melepaskan peserta Swan City Ride

Itu antara sebab acara “Swan City Ride” di selitkan dalam program Sibu Bike Week. saban Ianya bertujuan membuka mata pengunjung luar melihat pembangunan serta keindahan bandaraya Sibu.

9th Sibu Bike Week berlangsung dalam cuaca yang suram, namun acara yang di susunatur tetap mendapat sambutan yang meriah.

Peserta Final Miss Sibu Bike Week 2019

Ekzos paling bising, Miss Sibu Bike Week acara yang di tunggu-tunggu oleh pengunjung saban tahun. Pertandingan auto show tahun ini paling mendebarkan peserta.

Omar Jumiran mengadili pertandingan Auto Show

Ini kerana peserta auto show kali ini diadili oleh Omar Jumiran, Pemenang tempat kedua AMD WorldChampionship 2018 di Jerman. Satu kejutan buat peserta pertandingan auto show. 

Sebahagian Ladys Bikers yang sempat abadikan kenangan di 9th Sibu Bike Week

Kejutan seterusnya ialah kehadiran 200 penunggang wanita (Lady Bikers) dari seluruh negara termasuk Brunei dan Tarian Senaman Zumba yang memecah rekod Sibu Bike Week iaitu 500 orang.

500 peserta Zumba memecahkan rekod Sibu Bike Week

Persembahan Ali XPDC cukup mantap. Pengunjung tidak berganjak walaupun hujan renyai-renyai. Sepuloh lagu di dendangkan oleh Ali demi peminat yang setia menanti.

YB DR. Anuar Rapaee Menteri Muda Pendidikan Sains Dan Penyelidikan Teknoloji,Menteri Muda Perumahan Dan Kesihatan Sarawak telah merasmikan 9th sibu Bike Week.

Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 2 lokasi acara Sibu Bike Week pada tahun 2020 nanti akan bertambah meriah bersempena sambutan Ulangtahun ke 10 acara Sibu Bike Week.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here