Suzuki Katana diperkenalkan pada tahun 1981 menambat hati ribuan peminat kini kembali menonjolkan kembali Motosikal lagenda mereka.
Model Katana edisi 2019 ini dilancarkan ketika pameran Intermot di Cologne, Jerman. Badannya yang ranggi nampaknya merupakan gabungan reka bentuk Katana klasik bersama model konsep Stratosphere 2005. Ia juga dikacuk bersama Katana 3.0 konsep di Eicma pada 2017.
Pereka motosikal terkenal, Rodolfo Frascoli merupakan pereka Katana edisi 2019 ini bersama kerjasama Engines Engineering. Mereka merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam pembinaan Katana 3.0 dan mereka merupakan firma Itali.
Bahagian hadapan motosikal ini bakal menggamit memori tentang Katana klasik. Ini kerana lampu hadapannya berbentuk segi empat tepat dengan susunan lampu jenis LED. Namun begitu model 2019 ini juga dilengkapi lampu siang LED.
Lampu belakang motosikal ini juga menggunakan jenis LED menapak di zon bawah pelana. Ia semakin mudah dilihat kerana tapak memegang nombor plet dialihkan ke bahagian lengan ayun.
Berfungsi seolah-olah penghadang percikan, nombor plet tetap jelas kelihatan kerana ia menutupi tayar belakang. Lengan ayun disambungkan pada pemegang plet itu. Manakala lampu isyarat membelok dipasang pada pemegang nombor plet sama.
Terdapat tulisan berwarna merah gaya klasik Suzuki pada sisi tangki. Di tambah pula beberapa garisan sudut tajam yang padan dengan warna perak klasik mtotosikal ini.
Sistem suspensi motosikal boleh dilaras sepenuhnya. Bahagian hadapan menggunakan fork 43mm terbalik. Manakala bahagian belakang pula menggunakan penyerap hentak tunggal jenama KYB.
Sistem ABS pada breknya dari Bosch dan breknya dikawal oleh angkup brek monoblok hadapan yang mengawal cakera 310mm datangnya daripada Brembo.
Suzuki Katana
Sama seperti model GSX-R1000 K5, kuasa motosikal ini dijana daripada enjin empat silinder sebaris. Namun ia ditala semula agar lebih berprestasi untuk jalan raya.
Enjin berkapasiti 999cc itu menggunakan satu rekaan lejang panjang (73.4mm x 59.0mm) untuk desakan kuasa bagi semua julat pusingan enjin. Manakala Outputnya ialah 150hp pada 10,000rpm. Tork puncak pula 108Nm pada 9,500rpm.
Terdapat tiga mode yang boleh dipilih bagi sistem kawalan cengkaman dan ia boleh dipadamkan jika anda seorang penunggang profesional. Sistem ini akan sentiasa mengawasi kelajuan pergerakan roda depan dan belakang, posisi pendikit minyak, kedudukan gear dan lain-lain.
Semua maklumat akan dipaparkan pada skrin motosikal itu kerana ia menggunakan instrumen meter digital LCD.
Pihak Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd memaklumkan perancangan untuk membawa masuk Suzuki Katana ke negara ini.
Suzuki Katana ini dijangkakan dibawa masuk pada tahun hadapan, namun tarikh tepat masih belum diketahui lagi.