Mercedes-AMG GT 63 S: koleksi terbaru kereta mewah polis Dubai

3142

Polis di Dubai sekali lagi membuat kejutan. Selepas memilih Bugatti, Porsche dan Ferrari sebagai kereta perondai, polis di wilayah Emiriah Arab Bersatu (UAE) ini sekali lagi menambah koleksi kereta sport mereka, yaitu Mercedes-AMG GT 63 S.

Selama bertahun-tahun, pihak berkuasa di timur tengah itu terus menambah armada eksotiknya. Mereka melakukan ini untuk meningkatkan keselamatan di destinasi pelancongan popular di negara tersebut.



Sebelum ini, pihak polis di Dubai membawa 8 unit Ducati Panigale V4 R yang hebat sebagai motosikal peronda mereka. Motosikal sport itu direka untuk kegunaan pihak polis dan berupaya memecut pada kelajuan yang tinggi.

Seperti banyak kenderaan mewah yang lain, Mercedes-AMG GT 63 S akan menghabiskan sebahagian besar masa di tempat-tempat pelancongan dan kawasan mercu tanda di seluruh negara itu.

Mercedes-AMG GT 63 S

Pihak polis di Dubai sendiri mempunyai banyak kereta mewah, seperti Bugatti Veyron, Porsche 918 Spyder, Mercedes-Benz SLS AMG, BMW M5, Brabus G-Wagon, Nissan GT-R, McLaren 12C, Audi R8, Audi FF, Ferrari FF, Bentley Continental GT.

Jentera ini adalah salah satu tarikan yang menarik di jalan raya, walaupun ia tidak eksotik atau secepat beberapa kenderaan lain yang digunakan oleh Polis Dubai.

Mercedes-AMG GT 63 S

Jentera ini dikuasakan oleh enjin 4.0-twin-turbocharged AMG V8 yang mampu menguasakan 630hp dan 900Nm tork melalui sistem pemacu semua roda (AWD). Sedan sport mampu memecut dari 0-100km/h dalam masa 3.2 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 315km/h.

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here