Tesla Cybertruck dianggap tidak selamat, tidak boleh dijual di Eropah

1387

Sejak pelancarannya yang penuh kontroversi, beratus-ratus ribu pelanggan telah menyatakan minat mereka untuk membeli Tesla Cybertruck. Bagaimanapun, melihat reka bentuk Tesla Cybertruck yang dianggap tidak selamat ini tidak sepatutnya diluluskan untuk dijual di Eropah.

Tesla Cybertruck dianggap tidak selamat

Dipetik oleh inews.id, pihak berkuasa Jerman mengatakan, struktur kenderaan Tesla Cybertruck terlalu ‘kaku’. Oleh itu, Tesla Cybertruck dianggap tidak selamat kepada penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.



Panel badan yang ‘kaku’ adalah mimpi ngeri untuk perlindungan pejalan kaki. Bampar dan hud hadapan kereta perlu diubah reka bentuknya untuk meminimakan kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.

Menurut Stefan Teller, pakar SGS-TÜV Saarland di German, Cybertruck memerlukan banyak modifikasi terhadap struktur asas. Pengguna jalan raya berasa selamat, tetapi sebenarnya tidak. “Bampar dan hud perlu menyerap tenaga untuk melindungi pejalan kaki,” kata Teller.

Beliau menganggap bahawa kenderaan itu tidak akan menjadi kenderaan pengeluaran besar-besaran di Jerman berdasarkan keselamatan kenderaan dan keperluan keselamatan.

Sebaliknya Tesla Cybertruck telah layak sebagai light duty truck di Amerika Syarikat. Ia dilakukan tanpa ciri keselamatan tertentu dan masih sah di undang-undang di jalan raya.

Terdahulu, pihak berkuasa di Australia mengisytiharkan Tesla sebuah jentera yang tidak selamat. Ia berdasarkan pada reka bentuk dan bahan yang digunakan dari jentera ini boleh membahayakan penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here