Demi Youtube: Lelaki ini sewa helikopter untuk jatuhkan sebuah Mercedes-AMG G63

2275

Dunia youtube telah mendorong masyarakat untuk menyajikan pelbagai perkara unik yang tidak pernah dipikirkan sebelumnya. Sesetengah daripada perkara yang dilakukan seperti merugikan diri mereka sendiri.

Satu contoh yang kami paparkan di sini ialah kejadian yang berlaku pada sebuah Mercedes-AMG G63. Jentera ini diikat dan dibawa terbang oleh sebuah helikopter. Setelah itu, jentera tersebut dilepaskan dan ianya jatuh ke permukaan tanah. 



Kandungan video ini dibuat oleh seorang lelaki Rusia melalui akaun YouTubenya yang Igor Moroz. Dia dan rakannya dalam kandungan video tersebut menyewa sebuah helikopter untuk terbang ke ketinggian 3,000 meter untuk menjatuhkan Mercedes-AMG G63.

Mercedes-Benz AMG G63

Igor juga menyediakan tempat duduk sambil minum, menunggu keretanya dihempaskan ke tanah melalui helikopter.

Video ini dibuat di lapangan terbang yang bersedia memenuhi kehendak golongan muda seperti ini, bertempat di Petrozavodsk, Republik Karelia. Kemudian bagaimana keadaan jentera itu? Sudah tentu ia berada dalam keadaan yang teruk apabila ia terhempas ke muka bumi.

Setelah itu, Igor dam rakannya mendekati jentera yang sudah remuk itu sambil menghayati detik jentera yang telah rosak itu. 

Mercedes-Benz AMG G63

Igor pernah memberitahu bahawa dia tidak menyukai jentera yang telah dibelinya pada bulan Mac 2018 itu. Kereta itu dikatakan sering rosak dan tidak mahu membaikinya. Akhirnya, dia melakukan tindakan yang diluar jangkaan itu.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here