Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini dilaporkan melakukan aktiviti mendekati orang ramai dan warga emas yang tidak dapat ke pejabat JPJ untuk membuat urusan berkaitan jabatan itu.
Ia sebahagian dari Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) JPJ kepada masyarakat yang mempunyai masalah kesihatan atau kesulitan untuk hadir ke pejabat dan kaunter-kaunter wakil JPJ.
Wakil pegawai JPJ telah hadir sendiri ke rumah-rumah pelanggan untuk pelbagai urusan seperti memperbaharui cukai jalan, pembayaran saman, dan beberapa urusan lain melibatkan kenderaan.
Walaubagaimanapun, bagi perkhidmatan tukar hak milik mobile secara biometrik, waris perlu hadir ke JPJ Negeri (Bahagian Pelesenan Kenderaan) untuk membuat temujanji.
Sememangnya kami amat menggalakkan dan memuji perkhidmatan seperti ini yang akan lebih mendekatkan lagi jabatan dengan jiwa rakyat.
Laporan aktiviti itu disiarkan di laman Facebook rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan dan telah mempunyai lebih 700 Like, 160 komen dan 86 perkongsian dalam masa 4 jam sahaja.
Rata-rata netizen juga memuji tindakan JPJ ini.
Semoga lebih banyak aktiviti sebegini yang bukan sahaja oleh JPJ, malah jabatan kerajaan lain yang akan memudahkan lagi urusan dengan rakyat yang memerlukan.
Untuk lebih kemaskini dan siaran JPJ, layari dan ikuti portal rasmi jabatan itu di sini.
slm.sy ingin memohon bila agak ya program.satu komuniti satu jpj khas untuk warga emas yg brumur 45 thun.akn diadakn..