Sherp Ark: Kereta Rusia yang boleh menembusi lautan ais dan air

2359

Sekiranya anda biasa dengan dunia automotif, anda mungkin pernah mendengar tentang Sherp, sebuah kenderaan off-road yang berasal dari Rusia. Terbaru, Sherp memaparkan keupayaan jenteranya bernama Sherp Ark.

Sherp Ark

Sherp Ark nampaknya tidak berubah banyak, tetapi apa yang unik adalah kehadiran treler besar yang boleh berupaya ditarik jentera ini dan dapat memuatkan sehingga 20 orang penumpang. Trak beroda enam ini boleh pergi ke mana-mana sahaja.



Dalam video yang ditayangkan oleh syarikatnya, Sherp Ark dilihat menyeberangi tasik beku. Walaupun ia menembusi ais, kereta ini boleh bergerak pantas. Begitu juga ketika melintasi sungai, kereta ini dapat menyeberang tanpa menghadapi masalah.

Sherp Ark

Jentera ini dikuasakan oleh enjin diesel 2.4 liter yang menghasilkan 74hp dan 280Nm tork yang dihantar melalui transmisi manual 5 kelajuan kepada sistem pacuan semua roda (AWD).

Kabin utama dapat mengatasi rintangan setinggi 5 kaki ketika melintasi parit selebar 6.5 kaki. Kereta ini juga dilengkapi sistem peredaran udara yang menggunakan gas dari ekzos untuk mengepam tayar.

Di laluan ais, jentera ini boleh bergerak pada 30km/j, manakala di bawah air, jentera ini mampu bergerak pada kelajuan 6km/j.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here