Selepas secara rasmi melancarkan motosikal berenjin 390 cc, KTM dikenali sebagai penyedia motosikal segmen ‘entry level’ khususnya bakal memperkenalkan pula mode KTM 250 Adventure.
Menggunakan enjin 250cc, pengeluar motosikal dari Austria merancang untuk memeriahkan pasaran automotif India pada pertengahan tahun 2020.
Ia sudah beberapa kali dilihat ketika melakukan ujian, KTM 250 Adventure kelihatan sangat mirip dengan KTM 390 Adventure. Berkongsi casis dan beberapa bahagian badan yang lain seperti tangki bahan api, motosikal ini bersedia untuk bersaing dengan motosikal lasak yang lain.
Namun ada beberapa perbezaan antara model 250 Adventure dengan 390 Adventure seperti jenis lampu yang disediakan. Walaupun 390 Adventure sudah menggunakan LED, 250 Adventure masih disertakan dengan lampu halogen.
Tidak hanya itu, 250 Adventure juga mendapat skema cat seperti Duke 250 dan Duke 390. Terutamanya untuk saiz rim dan tayar, motosikal ini disertakan dengan saiz 100/90/19 untuk bahagian hadapan dan 130/80/17 untuk bahagian belakang.
Untuk menambah keselesaan, motosikal KTM terbaru ini menggunakan fork jenis terbalik di hadapan yang berukuran 43 mm dan monoshock yang boleh dilaras. Walaupun disediakan ABS dan TFT off-road, belum diketahui sama ada 250 Adventure akan disertakan quickshifter dari 390 Adventure.
Enjin
Berkaitan dengan enjin, jentera ini menggunakan enjin 248.8 cc, penyejukkan cecair, satu silinder yang mampu menghasilkan kuasa hingga 30hp dan 24 Nm tork.
Sehingga kini belum ada kenyataan rasmi mengenai harga yang akan diletakkan pada KTM 250 Adventure.