Sebagai alatan keselamatan, tali pinggang keledar mestilah berada di dalam setiap kenderaan. Ia juga bukan sahaja berada di tempat duduk hadapan, tetapi terdapat di semua tempat duduk dalam kereta.
Walau bagaimanapun, ramai orang tidak memberi perhatian kepada tali pinggang keselamatan ini. Malah, ada juga penumpang yang tidak menggunakan kemudahan keselamatan ini semasa perjalanan.
Menurut Institut Insurans Keselamatan Jalan Raya (IIHS), 4 daripada 5 orang tidak memakai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang semasa dalam perjalanan.
IIHS membuat kajian terhadap mereka yang berusia bermula 18 tahun dari 1,172 responden.
Hanya 72 peratus mengatakan mereka menggunakan tali pinggang keselamatan di tempat duduk belakang.
Malah, masih ramai yang tidak mempertimbangkan keselamatan sebagai penumpang di tempat duduk bahagian belakang.
Jika penumpang belakang tidak menggunakan tali pinggang keselamatan ini sekiranya berlaku kemalangan, mereka boleh terhentak dan menjejaskan keadaan pemandu.
Jadi ia boleh menyebabkan pemandu tidak dapat mengawal stereng dengan betul akibat daripada tekanan yang menolak dari bahagian belakang.
Untuk lebih jelas, mari kita menonton video berikut: