RM300k untuk harga kit badan Liberty Walk Nissan GT-R

5286

Jika rupa Nissan GT-R R35 nampak terlalu biasa untuk anda, Liberty Walk akan menawarkan kit badan gentian karbon sepenuhnya kepada anda dengan harga RM302,262. Ya lebih RM300k, hanya untuk kit badan.

Tetapi ini bukanlah kit badan cap ayam cikai-cikai punya. Kit Liberty Walk ini dihasilkan dengan ketelitian dan kemasan tahap tertinggi yang pasti akan menaikkan seri GT-R anda.



Nissan GT-R R35 telah berada dalam pasaran sejak Disember 2007 dan walaupun Nissan masih terus menambahbaik supercar ini, ia memang sudah agak terlalu berumur. Mujurlah pasukan di Liberty Walk mempunyai kit badan yang boleh mengubah rupa GT-R ini dengan drastik.

Semasa GT-R mula dilancarkan, Apple baru sahaja memperkenalkan iPhone pertama mereka, dan Instagram hanya muncul 3 tahun kemudian. Ya, begitulah lamanya Nissan GT-R ini.

Hari ini, kita sudah melihat generasi iPhone ke-11 yang mampu mengimbas wajah anda, dan GT-R masih nampak serupa.

Untuk kebanyakan orang, Nissan GT-R bukan hanya sebuah supercar baharu, tetapi lebih kepada satu titik permulaan kepada supercar-supercar moden yang muncul selepasnya.

Sistem canggih dan berkomputer pada GT-R sangat asing dan baharu pada masa ia diperkenalkan, kini semua supercar mempunyai teknologi hampir sama.

Sejajar peredaran masa juga, GT-R telah mempunyai kapasiti kuasa yang ditingkatkan dari 485hp kepada 600hp untuk varian Nismo. R35 GT-R hari ini juga mempunyai penambahbaikan yang menyeluruh untuk kabin, casis dan transmisi.

Kit badan Liberty Walk ini menampilkan konsep penggayaan sama seperti kit badan untuk kereta-kereta lain sebelumnya.

Ini termasuklah fender besar di sekeliling, suspensi boleh-laras yang merendahkan kereta hingga ‘sapu lantai’, rim lebih lebar, dan paling menonjol, spoiler unik yang besar.

Jika anda pemilik Nissan GT-R, adakah anda membelanjakan RM300k untuk kit badan Liberty Walk ini?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here