Accord dan Vellfire dipilih jadi kenderaan rasmi baharu untuk menteri dan pegawai tinggi kerajaan

3801

Malay Mail melaporkan bahawa untuk kontrak kenderaan kerajaan, sebanyak 32 unit Toyota Vellfire dan 3,000 unit Honda Accord diperlukan. Semua unit ini akan digantikan setiap 4 tahun.

Kerajaan juga bercadang menggantikan 1,300 unit kenderaan peronda Mobile Patrol Vehicles (MPV) dalam tempoh 5 tahun akan datang, selain membeli 8,000 unit Proton Saga dan Persona untuk kegunaan jabatan-jabatan lain.



Kontrak kenderaan ini dibuka untuk semua selepas kontrak 25 tahun oleh Spanco tamat hujung tahun ini.

Kontrak baharu akan berjalan selama hanya 15 tahun dan akan membabitkan 12,500 unit kenderaan dengan jumlah RM300 juta setahun, bermula selepas tahun kelima.

Syarikat-syarikat yang dilaporan akan membida untuk kontrak tersebut adalah Spanco, Kumpulan Naza, Berjaya, Sime Darby, DRB-Hicom, Kumpulan Samling, Comos dan Go Auto yang menjadi wakil pengedar jenama Haval.

Tidak dipastikan sama ada jawatankuasa pemilihan kenderaan oleh JKR masih digunakan dalam proses pemilihan kenderaan-kenderaan kerajaan.

Ini kerana kriteria-kriteria seperti penggunaan bahanapi dan kadar asap nampaknya tidak begitu ketara kepentingannya.

Kebanyakan negara-negara maju yang mempunyai jenama automotif sendiri biasanya akan cenderung menggunakan kenderaan buatan mereka untuk ketua dan pemimpin negara. Namun nampaknya Malaysia tidak ke arah itu.

Kita mempunyai Proton Perdana yang direka khusus untuk menjadi kegunaan kerajaan, tetapi langsung tidak tersenarai. Adakah kos pembangunan dan pengeluaran Proton Perdana sudah balik modal?

 

Laporan asal: Malay Mail dan Careta

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here