Ketahui semua generasi dan evolusi Honda Civic

5119

Honda Civic merupakan kereta yang berjaya memikat hati ramai peminat sejak dari dahulu. Kereta yang mula dikeluarkan sejak 1970-an ini masih lagi mengekalkan populariti-nya sehingga hari ini.

Melalui video yang disediakan daripada Donut Media ini, kita dapat lihat evolusi perubahan dan penambahbaikan kereta ini.

Generasi pertama: 1972-1979



Honda Civic generasi pertama ini yang memulakan kejayaan Honda dalam bidang automotif. Kereta ini hadir dalam dua varian iaitu hatchback dan sedan. Ia hadir dengan roda 12-inci, tayar radial, penghawa dingin, transmisi automatik dua kelajuan dan pengelap cermin kereta untuk cermin bahagian belakang.

Generasi kedua: 1979-1983

Generasi kedua ini lebih baik berbanding keluaran generasi pertama. Jarak roda yang lebih panjang 2-inci daripada keluaran pertama dan mempunyai dua pilihan enjin. Enjin tersebut ialah enjin CVCC (CompoundVortex Controlled Combustion) 1.3 liter dan 1.5 liter.

Generasi ketiga: 1983-1987

Menjelang pertengahan 80-an Honda Civic semakin dikenali. Ia hadir dengan jarak roda yang lebih besar iaitu 5 inci dan menggunakan enjin empat silinder 1.5 liter. Civic generasi ketiga ini juga merupakan yang pertama menggunakan Si trim.

Generasi keempat: 1987-1991

Honda Civic generasi ini mengalami pembaharuan dan penambahbaikan secara total. Ia mula menggunakan empat trim berbeza iaitu CRX, HF, DX dan Si. Civic ini juga menggunakan injeksi bahan api secara elektronik.

Generasi kelima: 1992- 1995

Civic generasi kelima ini merupakan permulaan reka bentuk Civic yang lebih moden. Model ini juga tidak terlalu ‘Boxy’ atau berkotak. Civic baru ini lebih besar berbanding model-model generasi terdahulu.

Generasi keenam: 1996-2000

Model generasi keenam ini tidak banyak berbeza daripada generasi terdahulu. Ia masih mengekalkan reka bentuk yang sama namun menggunakan lampu utama dan lampu belakang berwajah baharu.

Generasi ketujuh 2001-2005

Civic generasi ketujuh diperkenalkan pada September tahun 2000. Model baru ini kelihatan sama seperti yang sebelumnya namun ruangnya lebih besar. Ia menawarkan beberapa trim yang berbeza iaitu DX, LX, EX, dan HX.

Generasi kelapan: 2006-2011

Selepas 5 tahun Honda Civic generasi ketujuh diperkenalkan, Honda mula perkenalkan Honda Civic generasi kelapan. Ia kelihatan lebih hebat dan semakin menarik ramai peminat Civic.

Generasi kesembilan 2012-2015

Menjelang 40 tahun dalam pasaran, generasi Honda Civic kesembilan ini menampilkan reka bentuk yang lebih bertenaga, moden dan aerodinamik.

Generasi kesepuluh: 2016 – kini

Selama 45 tahun sejak keluaran pertamanya, Honda Civic masih lagi berada di arus trend semasa. Diperkenalkan pada penghujung 2015, model ini hadir dengan varian sedan, coupe dan hatchback.

Evolusi menarik daripada Honda Civic yang masih meneraju arus trend semasa dan semoga lebih hebat pada masa akan datang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here