Galeri: Honda Meet and Greet 2019 yang menghangatkan musim hujan

3451

Baru-baru ini, berlangsungnya acara Honda Meet And Greet Malaysia 2019 yang menghangatkan suasana kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tg Malim, Perak yang biasanya senyap.

Jentera-jentera “perang” mula memasuki kawasan kampus seawal jam 11.00 pagi untuk pendaftaran dan sebagainya, walaupun acara sebenar bermula pada 12.00 tengahari.



Tentatif awal mengatakan acara patut tamat sekitar 7.00 petang, namun hujan menganjakkannya sehingga jam 9.00 malam dimana acara diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah.

Antara pengisian dalam acara ini adalah pertandingan autoshow dan show off dengan 12 kategori kesemuanya.

Pihak penganjur juga menyumbangkan semua hasil jualan barangan seperti baju rasmi untuk tujuan amal iaitu kepada Maahad Tahfiz.

Dari segi penyertaan, dianggarkan lebih dari 1,000 buah kenderaan Honda pelbagai model hadir untuk acara ini. Antara yang menarik perhatian penulis adalah beberapa buah Honda Civic EG dengan livery perlumbaan Mooncraft/JACCS dan Motul, serta Civic EG dengan gaya standard kilang. “Standard itu indah”?

Terdapat juga Honda Civic EK coupe, Ek9 Type-R, dan paling menarik bagi penulis, barisan model Honda dengan livery Spoon Sports seperti Accord CL7 dan FD2R Civic Type-R.

Paling cool ialah Honda City Turbo II tahun 1985! Bukan City Turbo 2020 tau, tapi abang dia yang paling OG.

Acara ini turut menerima kehadiran pasukan jurugambar dan juruvideo terkenal dari Indonesia, iaitu Ice Creative Media. Mereka berminat melihat sendiri budaya dan scene permotoran di sini.

Akhir sekali, penghargaan ditujukan kepada semua krew acara yang banyak membantu dari segi persediaan, lokasi, logistic dan sebagainya. Mereka juga menerima kerjasama dari kelab Civic Tanjung Malim.

Teks/gambar: Raziman Sipico

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here