SS Jaguar 100 yang pernah digunakan Hitler kini akan dilelong

1722

Satu lagi kereta klasik, kini sedang mencari pemilik baru. Kali ini giliran SS Jaguar 100 untuk mencari pemilik baru dan bersedia untuk dilelong. Berdasarkan penampilan yang kemas dan menarik, kereta ini pastinya tidak mempunyai nilai harga yang murah.

SS 100 Jaguar yang dikuasakan oleh enjin 3.5 liter ini dipastikan ada hanya 118 unit di dunia, kerana jentera ini sengaja dihasilkan dalam jumlah yang terhad pada tahun 1937 yang lalu.



SS Jaguar 100

Kereta klasik Jaguar ini dijamin masih original, dengan nombor casis 39011 yang dikatakan merupakan nombor casis dari Jaguar SS Cars Ltd.

Kereta ini semakin terkenal, kerana ia merupakan kenderaan yang digunakan oleh Hitler pada tahun 1933. Selain itu, ia dikhabarkan akan dilelong di rumah lelongan RM Sotheby pada bulan ini.

SS Jaguar 100

Berdasarkan prestasi, kereta ini dikuasakan oleh enjin 3.5 liter. Dimana ia mampu mencapai 125hp dan dapat mencapai kelajuan maksimum sehingga 160km/jam. Kelajuan ini sangat hebat berdasarkan kereta ini yang “sudah tua”.

SS Jaguar 100

Sayangnya, harga jentera ini tidak dapat diramalkan, tetapi untuk dapat memiliki kereta klasik ini, sudah pasti para pengumpul kenderaan klasik dan para peminat perlu membelanjakan wang dengan jumlah yang banyak. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here