Hafizh Syahrin pilih isteri jadi ‘umbrella girl’

3819

Umbrella girl merupakan gadis-gadis cantik dan seksi yang selalu menemani para pelumba di litar dengan memayungi mereka. Namun kali ini kehadiran umbrella girl yang berhijab di litar MotoGP Buriram mencuri perhatian peminat dunia permotoran seluruh dunia.

Hafizh Syahrin yang berjaya mendapat empat mata berharga pada perlumbaan MotoGP di Buriram pada minggu lalu sekali lagi menarik perhatian netizen.



Hafizh yang baru sahaja berkahwin pada Disember tahun lalu membawa isterinya, Noor Suzana sebagai gadis payung sewaktu perlumbaannya di Buriram.

Kehadiran Noor Suzana atau lebih dikenali dengan panggilan Zana manis bertudung hitam dilihat memayungi Hafizh sewaktu di litar.

Rata-rata netizen berikan pujian di instagramnya kerana memilih isteri untuk menjadi teman dilitar.

Rasanya tindakan Hafizh ini memang patut dipuji kerana dia melakukan pilihan baik dengan memilih isterinya sendiri berbanding gadis seksi yang lain.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here