TAS 2020: Toyota GR Yaris diperkenal dengan enjin 3-silinder paling berkuasa di dunia

3940

Toyota Yaris mugnkin bukan model paling mengujakan dalam segmennya, tetapi Toyota mengubah persepsi itu dengan pengenalan versi GRMN supercaj pada 2017.

Kini di Tokyo Auto Salon (TAS) 2020, Toyota mendedahkan versi prestasi iaitu GR Yaris. Dengan 257hp dan 360Nm dari enjin turbo 1.6-liter, ia merupakan enjin 3-silinder paling berkuasa di dunia.



Kuasa disalurkan melalui transmisi manual 6-kelajuan, limited-slip differential Torsen dan dihantar ke semua empat roda.

Toyota GR Yaris ini hanya seberat 1,280kg, lebih kurang berat hatchback biasa, tapi dengan kuasa sebuah hot hatch, ia mampu memecut mencapai 100km/j kurang 5 saat hingga kelajuan maksima 230km/j.

GR Yaris ini menggunakan bahan komposit polimer gentian karbon dan aluminium untuk memastikan beratnya di tahap minina. Ia juga mempunyai suspensi ­double-wishbone dan track tayar lebih lebar di belakang berbanding Yaris biasa.

Terdapat butang 4WD dengan mod Normal, Sport dan Track yang mengubah pengagihan kuasa antara tayar depan dan belakang.

Toyota GR Yaris ini akan dibina di kilang baharu Toyota di Motomachi yang mempunyai tempat pemasangan yang dikhaskan untuk kenderaan-kenderaan GR.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here