TAS 2020: Subaru Levorg STI Sport untuk bapa yang berjiwa muda

3357

Subaru mempertontonkan prototaip Levorg STI Sport generasi akan datang di pameran TAS 2020. Wagon sporti itu akan menerima talaan Subaru Technica International seperti model-model Levorg STI JDM sebelum ini.

Tiada maklumat sahih buat masa ini untuk Levorg STI, tetapi apa yang boleh kami sahkan ialah ia akan mendapat penyerap hentak kawalan elektronik yang baharu dari Subaru.



Ia juga akan dilengkapi dengan sistem Drive Mode Select yang membolehkan pemandu melaras tetapan sistem pacuan semua-roda, stereng, dan enjin.

Selain dari fakta bahawa Levorg ini menggunakan platform yang sama dengan Impreza, tiada info lain yang didedahkan oleh pihak Subaru. Levorg STI generasi sekarang berkuasa 296hp dan 400Nm tork dari enjin 2.0-liter turbo.

Namun semasa mendedahkan prototaip Levorg, Subaru ada berkata sesuatu berkenaan enjin turbo boxer bersesaran 1.8-liter, direct-injection dan menggunakan teknologi pembakaran cekap.

Dijangkakan juga bahawa Levorg STI ini akan mendapat teknologi Subaru EyeSight yang menggunakan kamera stereo lebih baik. Kamera ini berfungsi bersama empat radar untuk memberikan sistem brek pra-perlanggaran.

Levorg standard akan mula dijual di Jepun separuh masa kedua 2020, dan mungkin STI Sport ini akan mula dijual setahun kemudian.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here