Honda membuat kejutan pada awal November lalu dengan memperkenalkan motosikal yang cukup istimewa menerusi model Honda CBR 1000RR-R pada peringkat global.
Namun, jentera menerima reka bentuk sirip sisi seperti jentera MotoGP dan hadir reka bentuk enjin dan casis seakan-akan model RC213V.
Jentera itu adalah versi SP dan ia adalah spesifikasi paling tinggi dalam keluarga Honda Fireblace CBR1000RR-R. Varian ini menerima tambahan komponen berpresrasi iaitu Brembo dan Ohlins.
Suspensi Ohlins yang digunakan adalah semi-aktif generasi kedua di belakang, manakala fork hadapan disertakan dengan Ohlins NPX.
Sistem brek
Sistem brek pula adalah padanan teknologi terbaru Brembo dengan empat omboh di hadapan, dan belakang menggunakan kuasa hentian sama seperti RC213V-S turut jenama sama.
Ia sangat berbeza dengan varian biasa apabila menggunakan suspensi Showa, manakala brek pula dipadankan jenama Nisin.
Bagi Honda CBR 1000RR-R SP itu, penambahan huruf ‘R’ dihujungnya boleh dianggap ia sebagai jentera istimewa selepas memiliki DNA dan teknologi daripada motosikal lumba MotoGP.
Sistem enjin
Lihat kepada perinciannya, Honda CBR 1000RR-R SP dikuasakan oleh enjin empat silinder DOHC bersesaran 999cc yang sangat kompak dan mematuhi piawaian Euro 5.
Ia juga menerima sentuhan HRC yang mana bore dan stroke adalah sama seperti jentera RC213V. Pada masa sama, jentera itu dilengkapi dengan teknologi pengurangan geseran daripada RC213V-S serta menggunakan rod penyambung (con-rod) titanium.
Gabungan beberapa komponen baharu pada rangkaian kuasa, Honda CBR 1000RR-R berkeupayaan menghasilkan 214.5hp pada 14,500rpm dan tork setinggi 113Nm pada 12,500rpm sekali gus menjadi model CBR1000 paling berkuasa setakat ini.
Sistem ekzos
Sistem ekzosnya berciri 4-2-1 yang mana dihujungnya menggunakan peredam jenama popular iaitu Akrapovic. Ia juga untuk membuatkan tork enjin lebih baik pada RPM sederhana.
Bagi mengurangkan beratnya, Honda CBR 1000RR-R dipadankan dengan kerangka aluminium rekaan baharu, selain lengan ayun (swingarm) lebih panjang seperti model RC213V-S dan padanan tayar lebar iaitu 200/55-ZR17.
Difahamkan, jentera itu akan berada di pasaran dalam tempoh beberapa bulan lagi. Jadi, siapa yang berminat, boleh menempah jentera itu di pusat pengedar Honda Boon Siew terpilih.