McLaren umum tarikh pelancaran pasukan dan jentera 2020

1239

Pasukan McLaren secara rasmi mengumumkan tarikh pelancaran pasukan untuk Formula 1 2020. McLaren akan melancarkan jentera MCL35 pada 13 Februari, 2020.

Pasukan McLaren

Pasukan McLaren menjadi pasukan ke-3 untuk mengumumkan tarikh pelancaran pasukan.



Tarikh pelancaran adalah 2 hari selepas pasukan Scuderia Ferrari, yang melancarkan jentera terbarunya pada 11 Februari.

Kemudian juga 1 hari sebelum pasukan Toro Rosso, yang menukar nama mereka kepada Alpha Tauri pada 14 Februari.

Pasukan McLaren

Selain 3 pasukan ini, belum ada pasukan lain yang mengumumkan tarikh pelancaran.

Tetapi pengumuman oleh pasukan lain kemungkinan akan dilakukan sebelum 18 Februari, diamana tarikh tersebut akan berlangsung ujian pra-musim di Circuit de Barcelona-Catalunya.

Pasukan McLaren cukup yakin untuk menghadapi Formula 1 2020 dengan prestasi yang mengagumkan pada musim 2019.

Pasukan McLaren

Selepas menghadapi masa yang sukar selama bertahun-tahun, pada tahun 2019, McLaren berjaya bangkit selepas melakukan revolusi besar-besaran.

Pasukan ini telah menjadi pasukan terbaik di luar 3 nama besar dalam Formula 1 yaitu, Mercedes, Ferrari dan Red Bull.

Pasukan ini memenangi 145 mata yang diperoleh daripada Lando Norris dan Carlos Sainz. Musim Formula 1 baru akan bermula pada 15 Mac di Australia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here