Proton Iriz, Saga dan Persona akan dieksport ke Brunei

2624

Selepas pelancaran Proton X70 pada Julai tahun lalu, Pad Motors Sdn Bhd, pengedar Proton di Brunei mencatat satu lagi kejayaan bagi syarikat melalui pelancaran Proton Iriz, Saga dan Persona versi terkini.

iriz saga dan persona

Selepas peningkatan jualan yang cemerlang pada 2019 iaitu sebanyak 55.7%, Proton akan terus berusaha untuk meningkatkan prestasi jualannya pada tahun 2020 di samping turut meningkatkan jualan eksport. Syarikat ini juga berjaya menamatkan tahun 2019 di kedudukan kedua dalam jadual jualan.



Dengan matlamat jangka panjang Proton untuk menjadi jenama paling laris di Malaysia dan nombor tiga di ASEAN menjelang tahun 2027, penting bagi syarikat itu untuk mengutamakan jualan eksport dalam perancangan jangka panjangnya itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong

“Pasaran eksport akan memainkan peranan penting dalam kenaikan jualan tahunan Proton. Ketika syarikat menaik taraf model Iriz, Persona, Exora dan Saga tahun lepas, kami melakukannya dengan turut mengambil kira keperluan pasaran di luar negara selain Malaysia dan hari ini, tiga daripada kereta tersebut berada di pasaran Brunei.

“Ia adalah permulaan yang baik untuk tahun 2020 tetapi dari semasa ke semasa, kami akan terus mencari peluang untuk mengeksport kereta kami ke lebih banyak negara,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Selain daripada model yang dikemas kini itu, Proton juga akan berusaha untuk mengembangkan jualan Proton X70. Dengan model versi tahun 2020 yang telahpun mula dihasilkan di kilang pengeluaran baharu di Tanjung Malim yang dibina dengan kos sebanyak RM1.2 juta itu, Proton kini mempunyai pilihan untuk memperluaskan lagi penjualan SUV pintarnya itu.

iriz saga dan persona

“Dengan memasarkan Proton X70 di pasaran luar adalah penting bagi pertumbuhan jualan Proton pada masa akan datang, terutamanya di negara-negara ASEAN yang berdekatan. Ia akan menerajui pengenalan model Proton generasi akan datang yang kini sedang dibangunkan bersama Geely dan sekaligus akan mendekatkan jenamanya dengan pelanggan di pasaran-pasaran tersebut,” tambah Dr Li Chunrong.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here