Toyota GR Supra bakal ditawar dengan varian lebih ‘mampu milik’ 2.0-liter 4-silinder

2240

Toyota sedang mempersiapkan varian baru Toyota GR Supra yang lebih ‘mampu milik’, iaitu yang dikuasakan oleh enjin 2.0-liter 4-silinder.

Ya, ia enjin turbo 2.0-liter dari BMW juga, dan mampu menghasilkan 254hp dan 400Nm tork. Kuasa disalurkan ke roda belakang melalui transmisi 8-kelajuan automatik ZF.



Jangan ingat enjin 2.0-liter itu tidak cukup berkuasa, ia tidaklah begitu ‘kekurangan’. Sebagai perbandingan, varian 6-silinder sedia ada menjana 340hp dan 500Nm tork.

Prestasi GR Supra 2.0-liter ini juga boleh tahan. Pecutan jentera ini untuk mencapai 100km/j hanya memerlukan 5.2 saat, dan kelajuan maksimumnya mampu mencapai 250km/j.

Dengan menyertakan enjin 4-silinder sebenarnya memberikan faedah untuk jentera ini. Berat badan jentera ini berjaya dikurangkan hingga 100kg.

Dengan enjin yang padat, ianya dapat membantu jentera ini memperoleh imbangan berat depan dan belakang pada kadar 50:50 yang sempurna.

Di samping itu, kehadiran entry level dijangka dapat menarik lebih banyak pengguna. Toyota sangat terbuka untuk kenyataan ini. 

Bakal diperkenalkan pada bulan Mac

Pengguna boleh menyesuaikan spesifikasi jentera ini apabila ia akan diperkenalkan pada bulan Mac 2020. Spesifikasi terendah yang kenali sebagai Live, dilengkapi dengan roda 18-inci, sistem audio empat speaker dengan monitor 8.8-inci, dan kerusi sport yang dibalut menggunakan Alcantara.

Jentera ini juga disertakan dengan peranti keselamatan seperti Pre-Crash Safety with Braking Function, Pedestrian and Cycling detection with Braking Function, Lane Keeping Assist with Active Steering, Road Sign Assist, dan Intelligent Speed Assist.

Pakej lain juga disertakan selain spesifikasi Live yaitu Connect, Sport, dan Premium. Pakej Connect menawarkan perkhidmatan navigasi dan penyambungan dalam talian. Pakej Sport pula dilengkapi dengan kelebihan prestasi seperti peningkatan kualiti membrek, sistem suspensi dan beberapa lagi ciri. Jika anda mahu keselesaan, pilih pakej Premium.

Ciri-ciri mewah desertakan melalui speaker JBL, Heads-up Display, Wireless Charger, tempat duduk dengan penyelarasan kuasa, tetapan memori, dan balutan kulit berwarna hitam. Pakej Connect disertakan dengan ruang penyimpanan tambahan dan tambahan ciri pencahayaan.

Edisi terhad

Toyota juga turut menawarkan edisi terhad yaitu edisi Fuji Speedway. Sebagai perbezaan, badan jentera ini disertakan dengan warna putih metalik dengan kemasan merah di cermin sisi. Jentera edisi ini juga disertakan dengan roda 19-inci yang bewarna hitam.

Spesifikasi jentera ini adalah sama seperti pakej Connect dan Sport. Edisi terhad ini dijual hanya dalam 200 unit saja di Eropah.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here