Geneva Motor Show 2020: Lamborghini tak mahu hadir?

2537

Para pengeluar kereta dalam industri automotif sering menggunakan acara pameran kereta yang besar untuk mempromosikan produk mereka. Salah satunya ialah Geneva Motor Show 2020.

Lamborghini Sian

Walau bagaimanapun, Lamborghini memilih untuk tidak mengambil bahagian dalam pameran Geneva Motor Show 2020. Acara ini akan diadakan di Geneva, Switzerland, pada 2-15 Mac 2020. Apakah sebabnya?

“Lamborghini meneruskan strateginya pada tahun 2020 dengan memperkenalkan model dan inisiatif baru dalam acara eksklusif dan diperibadikan untuk pelanggan dan media. Dalam konteks ini, Lamborghini tidak akan hadir di Geneva Motor Show 2020 yang akan datang,” kata Lamborghini dalam kenyataan bertulisnya.



 Geneva Motor Show 2020

Syarikat ini akan memperkenalkan model versi hibrid untuk semua supercar Lamborghini generasi akan datang. Mereka tidak membincangkannya secara khusus, tetapi ini adalah pengesahan yang jelas tentang varian elektrik, pengganti kepada Lamborghini Huracan dan Lamborghini Aventador.

Di samping itu, Lamborghini Urus juga berkemungkinan akan disertakan powertrain hibrid. Ianya mungkin sama dengan yang digunakan oleh Porsche Cayenne Turbo S E-Hybrid. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa 670hp dan 900Nm tork.

 Geneva Motor Show 2020

Sebelum ini, Lamborghini telah membangunkan Sian, supercar hibrid yang diperkenalkan tahun lepas dibina pada platform yang sama dengan Aventador dan disertakan dengan enjin 6.5 liter V12 dan sistem hibrid ringan.

Jentera ini mampu menghasilkan sehingga 808hp, yang membolehkan ia memecut dari 0-100km/j dalam masa 2.8 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 350km/jam.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here