Trak Freightliner 2003 berisi 3 kereta klasik bernilai RM2j dicuri

2161

Satu kejadian yang mengejutkan berlaku di Amerika Syarikat (AS). Sebuah trak Freightliner 2003 telah dicuri dengan tiga kereta klasik berada di dalamnya.

Freightliner 2003

Kecurian ini berlaku pada acara lelongan yang diadakan di Edgewood, Washington, Amerika Syarikat. Kereta klasik yang hilang ialah Cadillac El Dorado 1953 yang bewarna merah, Ford Galaxy 500 keluaran tahun 1946 dan Buick Century 1954. Dianggarkan kereta-kereta ini mempunyai nilai gabungan harga lebih daripada $500,000 atau bersamaan dengan RM2,027,550.



“Kami percaya jentera-jentera ini telah menjadi sasaran. Trak Freightliner 2003 jarang dicuri secara kerap, terutama yang berisi kereta-kereta klasik yang bernilai setengah juta dolar di bahagian belkang, yang bahkan tidak dapat dilihat. “kata Detektif Ed Troyer dari Jabatan Sheriff Pierce County, Edgewood, Amerika Syarikat.

Freightliner 2003

Polis Edgewood meminta bantuan awam untuk mencari kenderaan yang dicuri dan mengenal pasti suspek yang bertanggungjawab terhadap tindakan ini.

“Jarang berlaku kes trak beroda 18 dicuri. Tidak banyak orang yang tahu bagaimana untuk memandunya. Jadi pertama sekali, mereka perlu mempunyai seseorang yang tahu bagaimana untuk memandu trak dan kami yakin mereka tahu apa yang ada di belakang trak itu.

Freightliner 2003

“Terdapat kereta klasik yang bernilai setengah juta dolar di belakang trak itu. Sudah pasti siapa yang mensasarkan trak itu, sudah tentu untuk kereta-kereta klasik tersebut, bukan untuk trak dan trailernya.” kata Detective Troyer.

Freightliner 2003

Masyarakat yang tahu tentang maklumat lokasi kenderaan atau identiti orang yang bertanggungjawab atas kecurian itu diminta menghubungi Polis Edgewood. Mereka akan diberi hadiah wang tunai sebanyak 1,000 dolar AS (RM4000) jika maklumat yang diberikan dapat menangkap pencuri tersebut.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here