BMW bakal tutup kilang utama di Munich, Jerman selama enam minggu

2555

Selama enam minggu musim panas ini, BMW akan tutup kilang utamanya di Munich, Jerman. Peluang ini membolehkan BMW mengubah dan melengkapkan lebih daripada seribu robot yang akan menjadi alat pengeluaran untuk kenderaan elektriknya, BMW i4.

BMW akan tutup kilang

Keputusan untuk BMW akan tutup kilang ini diambil selepas pesaing pengeluar kereta seperti Volkswagen juga serius menghasilkan kenderaan elektrik. Begitu juga dengan pengeluar automotif lain. Oleh itu, BMW akan menghasilkan kenderaan elektrik dan kereta hibrid plug-in.



Pada asasnya, BMW ingin memenuhi permintaan pengguna dan dengan cepat bertindak balas dengan peningkatan pengeluaran jika dianggap perlu.

BMW i4

BMW i4 didasarkan pada Gran Coupe 4-Series generasi terbaru, yang direka dalam gaya sedan yang menarik dan sporty. BMW juga berkata bahawa sedan elektrik ini boleh mencapai 600km melalui bateri 80-kWh yang disertakan. Jentera ini juga mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 4 saat.

Model i4, dan iNext, terbaru akan tiba pada tahun 2021. Kenderaan elektrik BMW seterusnya ialah SUV iX3 elektrik sepenuhnya, yang akan tiba pada akhir tahun 2020.

Ketua R&D BMW, Klaus Froehlich berkata bahawa perkembangan kenderaan elektrik di pasaran dunia akan sangat bergantung kepada peraturan pelepasan.

Ketua R&D BMW, Klaus Froehlich

Oleh itu, menurut Froehlich, kenderaan elektrik akan menjadi popular di bandar-bandar utama di China, manakala hibrid plug-in akan menjadi pilihan yang paling digemari di Eropah.

Di Amerika Syarikat, penggunaan kenderaan elektrik sebahagian besarnya akan tertumpu di pantai barat. “Kebanyakan warga Amerika Syarikat tidak memerlukan BEV,” kata Froelich.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here